Kempen Best Products tawar hadiah menarik

Pemenang Hashim Zakaria (kiri), Rayhaan Dharmavilasan (dua, kanan) dan Mohd Said Naem (kanan) merakam kenangan bersama Nassier Wahab (dua, kiri) serta Ramlah Ram pada majlis penyampaian hadiah Best Products baru-baru ini.

HOME Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) menawarkan pelbagai hadiah istimewa termasuk wang tunai sehingga RM150,000 kepada pemenang kempen membeli-belah Best Products.

Dalam kenyataan medianya, jenama syarikat berkenaan iaitu Best Products merupakan perniagaan pesanan pos di seluruh negara menampilkan katalog bercetak untuk membeli-belah.

“Best Products disasarkan kepada pengguna yang masih cenderung kepada kaedah membeli-belah secara tradisional, yang tidak selesa membeli-belah dalam talian atau berada jauh daripada kedai-kedai besar yang menawarkan pilihan barangan lebih banyak.

“Katalog baru dicetak setiap bulan dengan memaparkan barangan kediaman, barangan dapur, produk kesihatan dan kecantikan asli yang disesuaikan dengan keperluan pengguna bagi melengkapkan gaya hidup mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Produk dan Pembelian HDS, Fadzli Kamar Zainal berkata,detik kegembiraan itu menjadikan pengalaman membeli-belah bersama Best Products dari HDS begitu istimewa.

Baru-baru ini, HDS meraikan pemenang kempen pertama dan mereka turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal, Nassier Wahab dan Ramlah Ram.

Original Source: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kempen-best-products-tawar-hadiah-menarik-1.406757