UMW Toyota Motor Sdn Bhd menyampaikan hadiah kepada dua pemenang bagi peraduan Beli & Menang Toyota yang berakhir pada 31 Mei lalu.

Pemenang peraduan itu ialah Noraini Shafii dan Sum Choon Sin yang masing-masing memenangi Toyota Corolla Altis 1.8G serta Toyota Vios TRD Sportivo.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, pihaknya gembira apabila peraduan itu menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan di seluruh Malaysia.

“Saya yakin selepas mencuba model Toyota terbaru kami, mereka akan menempah kenderaan ini kerana Toyota menawarkan nilai hebat untuk wang dan mempunyai reputasi terbukti dalam segi kepercayaan serta ketahanan,” katanya.

Lebih 10,000 penyertaan yang menyertai peraduan itu antara 13 Februari sehingga 31 Mei lalu. Selain itu, 200 pemenang bertuah dipilih secara rawak yang memenangi baucar bernilai RM500. Majlis penyampaian itu disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif UMW Toyota, Khong Man Cheong.

Sumber asal: Harian Metro – Ahad, 10 Julai 2016
http://www.hmetro.com.my/node/150714