SHAH ALAM, 20 Ogos 2015 – Slogan ‘Skim Potongan Gaji (Skim Berkat) menjadi pilihan saya kerana dilaksanakan seiring inovasi dan teknologi’ diumumkan sebagai slogan terbaik sempena Kempen Tambah Caruman Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

pemenang slogan zakat
Siti Azurah Ibrahim terpilih pemenang dengan membawa pulang baucer bernilai RM1,000. Kempen ini diadakan bermula 15 Mac hingga 15 Jun bertujuan menggalakkan pengeluar zakat yang membuat caruman zakat bulanan dengan LZS, menambah caruman mereka bersesuaian dengan pendapatan semasa.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Dato’ Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar.

Sumber: http://www.zakatselangor.com.my/terkini/pemenang-slogan-terbaik-kempen-tambah-caruman-zakat-terima-hadiah/