Untuk anak-anak yang berminat dengan PERTANDINGAN MEWARNA, boleh cuba yang ini.

Hadiah-hadiah

Pertama – Hamper tajaan Giant dan Sijil Penyertaan
Kedua – Hamper tajaan Giant dan Sijil Penyertaan
Ketiga – Hamper tajaan Giant dan Sijil Penyertaan
10 Hadiah Saguhati – Hamper tajaan Giant dan Sijil Penyertaan
Semua Peserta akan Menerima Sijil Penyertaan Peringkat Kebangsaan

Kategori
Kategori A : Berumur 4 tahun – 6 tahun
Kategori B : Darjah 1 – Darjah 3
Kategori C : Darjah 4 – Darjah 6

Syarat Pertandingan

Pertandingan Mewarna “Roadshow” akan dijalankan pada hari *Jumaat, *Sabtu dan *Ahad di pasar raya besar dan komuniti tertentu bermula pada pertengahan bulan Mac 2017.

Jadual Pertandingan Mewarna “Roadshow” yang terkini boleh didapati di laman sesawang HPM, www.mypengguna.com Peserta boleh terus mendaftar pada hari pertandingan. Pendaftaran awal tidak diperlukan.

Bagi menyertai Pertandingan Mewarna Akhir, sila isi borang penyertaan pertandingan dan faks ke 03-78730636 atau e-mel kepada [email protected]. Bagi penyertaan berkumpulan, sila dapatkan borang khas di laman HPM, www.mypengguna.com. Tarikh tutup untuk pendaftaran penyertaan Pertandingan Mewarna Akhir pada 25 Ogos 2017.

Tempat Pertandingan Mewarna Akhir akan dikemaskini di www.mypengguna.com. Sila rujuk laman di capaian di bawah untuk keterangan lanjut.

Pastikan anda menghubungi urusetia untuk memastikan tarikh dan masa pertandingan sebelum anda menghadiri pertandingan ini. (Waktu bekerja: Isnin hingga Jumaat, 10.00pagi – 5 petang)

Peserta boleh membuat pendaftaran pada hari pertandingan di lokasi mewarna tersebut.
Hanya PENSEL WARNA SAHAJA yang dibenarkan. Peralatan mewarna tidak disediakan. Peserta perlu membawa peralatan mewarna mereka.
Keputusan hakim adalah muktamad.

Perhatian:
Pertandingan bermula pada pukul 11.00 pagi.- Pendaftaran untuk pertandingan mewarna adalah dari pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di lokasi mewarna. Pertandingan akan berlangsung pada pukul 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari (1 jam 30 minit). Upacara penyampaian hadiah akan berlangsung pada pukul 1.00 petang.

Maklumat lanjut di http://www.mypengguna.com/