Keluhan yang biasa kita dengar atau sedang alami: “Kos sara hidup makin meningkat. Macam mana nak cari duit lebih ni?”.

Nak tahu cara untuk buat duit sampingan?

Boleh cuba cara-cara di bawah.

Buat Duit Tanpa Modal

Ya, anda boleh mula tambah pendapatan tanpa sebarang modal. Memang ramai dah buat duit secara online atau dari rumah sahaja. Antara yang boleh anda cuba:

  • Sertai peraduan-peraduan untuk menang hadiah-hadiah menarik. Nak tahu caranya? Klik dan daftar email anda di sini.
  • Sertai program reward seperti 8Share, Groupon dan lain-lain. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel kami mengenai program ganjaran online di sini.
  • Jual barangan yang tidak dipakai di rumah anda di Mudah.my atau eBay
  • Promosikan barangan affiliate (bukan Affiliate Junction) melalui blog, Facebook atau website anda sendiri. Program affiliate yang mudah untuk di sertai di Malaysia adalah Involve Asia. Di sini boleh promote barangan Lazada, Trivago, Hotels.com, Photobook Malaysia, Motherhood.com.my dan banyak lagi. Penyertaan program ini adalah percuma. Jika ada leaders atau upline yang ajak labur ribu-ribu, itu program affiliate penipu!

Mulakan Bisnes

Seperti semua sedia maklum, cara terbaik untuk menambah pendapatan adalah dengan berniaga. Antara caranya:

Jangan Terjebak dalam Skim Cepat Kaya atau Money-Game

Dalam keghairahan nak buat duit lebih, pastikan anda tidak terjebak dengan skim cepat kaya atau money game. Money game, skim-cepat-kaya atau skim ponzi adalah kegiatan menggandakan wang dalam bentuk pemberian bonus atau komisen.

Bonus atau komisen itu datang dari penambahan atau pengrekrutan anggota/ahli baharu, dan bukanlah dari penjualan produk atau servis. Dalam erti kata lain, upline skim ini adalah ejen mencari orang dan wang dan bukanlah menjana pendapatan hasil dari jualan servis atau barang.

Jangan tertipu dengan helah penganjur yang menggunakan agama, dan menyalahgunakan perkataan-perkataan seperti “hibah”, “forex”, “affiliate” dan sebagainya sambil menjanjikan skim yang halal tanpa mempunyai sijil patuh syariah yang sah.

Antara skim-skim di Malaysia yang mempunyai unsur money game atau ponzi adalah yang wajar dielakkan adalah DanaNiaga2u, OG1Asean, Krubal, Affiliate Junction, MGSB (iComey), Phytoscience, MamaCaptain (MMC), MFace, GMJ4U, Bookcoins, THWGlobal, T1Fx, Coince, i-Tijari, Bio Niaga Abu Nur, ABN Network (AviaBitCoin), ARBA Network, FXUnited, VenusFX, Mymi1, Pok Din Empire, BitClub Network, Bitkingdom, Mon Space, Zenith Gold, YSLM, Highway Group, Wadiah Trading, GWGFX, Geneva Gold, dan banyak lagi yang mungkin tak tersenarai di sini kerana mudah bercambah dengan kemajuan teknologi internet masa kini.

Anda Juga Boleh Jadi Jutawan

Mula-mula memang kita cuma nak tambah pendapatan dan cari duit lebih. Dapat naikkan taraf hidup pun dah cukup bagus. Tapi yang paling penting, jangan berhutang dan elakkan terjebak dalam skim cepat kaya.

Jika benar-benar nak kaya, boleh ikuti cara buat duit di sini.

How to Get 12% Lazada Cash Back

Did you know that you can get 12% cash back from Lazada if you join this cashback program?

Click here to register for free.

You can also get cash back from many other popular online stores including Zalora, Agoda, AirAsiaGo, Groupon, Photobook Malaysia, Booking.com, AliExpress, FashionValet, Qoo10 (MY), Godaddy, Expedia, Hermo Malaysia, Malaysia Airlines, and many more from this program.