Anda sering idamkan telefon pintar terbaru iPhone, tapi tak kesampaian kerana harganya yang tinggi? Di sini kami kongsikan tips dan cara dapat iPhone secara percuma.

how to get free iphone

CARA #1: Dengan Ambil Pelan Telco Yang Bagi iPhone Percuma

Okay. Cara ni tak betul-betul percuma sebab kena beli plan postpaid. Tapi kalau memang anda belum ada pelan, bolehlah dapatkan iPhone kan?

Boleh cuba search uMobile iPhone, Maxis iPhone, Digi iPhone untuk lihat promo dan tawaran terkini daripada telco.

Tapi anda nak iPhone 11, iPhone 12, iPhone 13 tau iPhone yang ada Plus tu la pulak? Okay, boleh cuba cara kedua ni.

CARA #2: Dengan Cara Memenangi iPhone daripada Peraduan dan Giveaway

Join giveaway, peraduan, competition, contest atau pertandingan yang bagi hadiah iPhone. Tak pun, cuba menang hadiah yang lebih besar seperti kereta dan jual kereta itu untuk beli iPhone.

dapat iphone free

Jangan kata takde orang pernah menang. Dah ramai menang macam-macam daripada hadiah rumah, kereta hinggalah iPhone daripada pelbagai peraduan dan giveaway di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya. Boleh tengok contoh pemenang di sini: my.peraduan.com/malaysia/winners/.

Jadi apa jenis peraduan dan giveaway yang anda boleh cuba cari?

  • Cabutan bertuah iPhone
  • Beli dan menang iPhone
  • Jawab dan menang iPhone (survey, tinjauan kajiselidik, quiz)

Contohnya, antara yang paling mudah boleh jawab survey seperti di sini – Jawab Survey dan Menang iPhone 11. Peraduan/survey cabutan bertuah macam ini tak perlu pembelian. Tak perlu susah-susah buat slogan.

Mana Nak Cari Peraduan Tahun 2024 Yang Boleh Menang iPhone?

Nak cari peraduan yang bagi hadiah iPhone pun senang, search saja di Search Box di atas laman ni 🙂
Kalau malas sangat boleh pegi sini, Admin dah siap kumpulkan: my.peraduan.com/contest/iphone

Cuma kena hati-hati juga. Ada banyak peraduan spin dan menang iPhone dan pelbagai scam juga. Banyak juga cara yang haram seperti melalui loteri, casino, putar dan menang, penipuan dan lain-lain. Kalau tak pasti, boleh mintak tolong Admin di FB Peraduan dan Contest Malaysia untuk confirmkan.

CARA #3: Kumpul Duit Beli iPhone

Ini cara nak dapat iPhone percuma yang terbaik dan pasti boleh dapat smartphone idaman anda! Haha tapi cara ni paling susah bagi sesetengah orang yang semua nak senang je.

Ada banyak cara boleh buat duit tanpa modal. Contohnya daftar dengan program mata ganjaran seperti 8Share atau sertai program affiliate seperti InvolveAsia. Kemudian cashout dan gunakan wang yang anda dapat dari laman-laman web ini untuk membiayai pembelian iPhone anda.

Okay memang kena buat kerja la sikit. Awal-awal mungkin tak banyak dapat kumpul. Tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?

Sebenarnya cara ini saja yang pasti boleh dapat iPhone – kerja keras dan jadi cukup kaya untuk beli iPhone tanpa pedulikan harga.

Dan pastikan anda beri admin iPhone percuma satu bila bila dah kaya nanti!