Sumber: Berita Harian 16 September 2005
IBU BAPA mempunyai banyak sebab untuk membawa anak mereka ke Kompleks Beli-Belah 1 Utama, dari 23 hingga 25 September, 2005 ini kerana Johnson & Johnson menjadi hos program bayi paling menarik sepanjang tiga hari ini.
Bermula dengan acara program khas, ‘Detik Istimewa Untuk Dikenang’, ibu bapa juga dijemput menjadi saksi pengadilan secara langsung penganugerahan Johnson’s Baby 2005 oleh YM Tengku Datin Marsilla Tengku Abdullah pada Ahad, 25 September 2005.
“Setiap senyuman bayi anda, perkataan pertama diucapkannya, kali pertama dia merangkak gigi pertama tumbuh, kali pertama rambutnya digunting, detik istimewa mandi bersama dan semua perkara kecil yang dilakukan bersama bayi anda adalah kenangan paling membahagikan untuk diingati setiap ibu bapa.
Bagi ibu bapa penyayang, bayi anda adalah segala-galanya dan anda ingin merakamkan semua detik dan seboleh-bolehnya tidak mahu ketinggalan menyaksikan setiap perkembangan yang berlaku.
Johnson & Johnson memahami perasaan ini dan seperti anda, kami juga ingin berkongsi detik istimewa dalam kehidupan bayi anda. Program bayi tiga hari ini dianjurkan selaras dengan kepercayaan bahawa ibu bapa perlu mempunyai pertalian termasuk detik istimewa dengan bayi mereka ketika bergunting rambut atau mengambil gambar ibu dan bayi bersama. Bayi membesar terlalu pentas dan amat penting bagi ibu bapa merakamkan detik istimewa ini. Sebagai tambahan, kami ingin menjemput ibu bapa menyaksikan pemahkotaan juara Johnson’s Baby 2005.
Siapa agaknya yang akan dimahkotakan tahun ini? Mari kita cari jawabnya bersama pada 25 September ini pada cara Grand Final. Kami menerima jumlah penyertaan paling tinggi dan diluar jangkaan sepanjang sejarah penganjuran pertandingan ini selama 13 tahun.
“Lebih 17,000 penyertaan diterima dan kami amat berbangga kerana ini menunjukkan ramai ibu bapa berasa bahawa bayi mereka adalah juara,†kata Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Sdn Bhd, Cik Winnie Khor.
FAKTA: Pesta Johnson’s Baby
‘Detik Dandanan Rambut’ Johnson’s Baby. Bayi berusia bawah 3 tahun akan diberi dandanan rambut profesional dan sesi fotografi percuma bersama gaya rambut terbaru mereka. Sebagai kenangan, gambar dan bingkai gambar percuma akan diberikan. Promosi ini sah dengan menunjukkan resit pembelian produk Johnson’s Baby.
‘Detik Potret Ibu dan Bayi’ Johnson’s Baby. Sesi fotografi potret istimewa. Ibu dan Bayi boleh didapati dengan penukaran pembelian produk Johnson’s Baby. Johnson & Johnson akan memberikan gambar ini kepada ibu yang diletakkan dalam bingkai gambar istimewa untuk disimpan.
‘Sentuhan Istimewa’ Johnson’s Baby. Sesi percuma demonstrasi urutan bayi dan nasihat mengenai penjagaan bayi akan diberikan oleh pakar perubatan selaras dengan imej ‘Pakar Bayi’ oleh Johnson’s Baby. Sesi ini terbuka kepada umum. Sebagai tambahan, untuk keselesaan ibu bapa, tempat penukaran lampin bersama produk bayi Johnson’s, turut disediakan untuk kegunaan.
No Comment