HADIAH HADIAH PEMENANG!!!!!!
HADIAH TEMPAT PERTAMA : RM 1500 + SIJIL PENGHARGAAN + 3 SLOT KE “Daily MMS Comic”

HADIAH TEMPAT KEDUA: RM 1000 + SIJIL PENGHARGAAN + 2 SLOT \"DAILY MMS COMIC\"

HADIAH TEMPAT KETIGA: RM 500 + SIJIL PENGHARGAAN + 1 SLOT KE \"DAILY MMS COMIC\"

5 HADIAH SAGUHATI BERNILAI RM200

Tarikh Penyertaan Peraduan: 25April 09
Tarikh Akhir Peraduan: 25Julai 09

Syarat-Syarat Menyertai Peraduan!

1. Terbuka untuk semua warga Malaysia (peserta yang berminat haruslah menjadi ahli Gundu dan PeKOMIK dengan mendaftarkan diri di http://www.gundu.my/register).

2. Karya peserta wajib berasaskan ciri- ciri Adiwira (Superhero) Malaysia, kreatif dan layak dijadikan sebagai idola orang ramai.

3. Karya ciptaan Adiwira hendaklah baru dan asli.

4. Pernyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.

5. Ciptaan karya komik hendaklah berbentuk khayalan yang boleh menarik perhatian ramai. Bentuk karya adalah bebas mengikut kreativiti anda tidak terhad kepada jumlah panel/mukasurat.

6. Peserta diwajibkan menghantar illustrasi komik berbentuk 2D (jpg,gif,png,bmp,psd)

7. Penyertaan anda adalah BONUS jika di tampilkan sekali dengan:-
7.1 Nyatakan kekuatan, kehebatan dan kelemahan superhero dan juga watak penjahat.
7.2 Sedikit pengenalan tentang sinopsis karya anda, dan
7.3 Mudah difahami

8. Penilaian dikira melalui kaedah undian melalui :-
8.1 Undian SMS (20%)
– Pengundi boleh menghantarkan undian SMS anda ke 33266 mengikut kod gambar (Maklumat Lanjut akan disiarkan dalam masa terdekat)Adiwira yang dipaparkan.
– Satu undian akan dikenakan caj RM0.50

8.2 Panel juri dari PeKOMIK (60%) & Gundu (20%)

9. Jumlah penyertaan tidak terhad untuk setiap peserta tetapi perlu dimuat naik ke enjin muat naik gambar (upload image) di bawah kategori "Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia 2009".

10.Hanya tiga karya komik terbaik akan dipilih untuk memenangi peraduan ini.
10.1 Karya pemenang akan mendapat pendedahan yang tiada hadnya.
10.2 Pemenang Adiwira Malaysia 2009 akan mendapat beberapa slot khas dalam program "Daily MMS Comic" .

11. Keputusan panel pengadil adalah muktamad dan panel pengadil berhak mengubahsuai dan meminda rekabentuk ilustrasi karya yang disertai jika perlu.

12. Urusetia peraduan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan hasil karya yang dikirimkan.

13. Semua karya yang menyertai pertandingan ini akan menjadi hak milik sama PeKOMIK dan pencipta karya itu sendiri. Manakala Gundu hanya bertindak sebagai portal untuk memperkembangkan karya PeKOMIK.

14. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu karya Adiwira.

15. Hanya 3 karya Komik sahaja yang akan dipilih untuk memenangi peraduan ini.

16. Keputusan para pengadil adalah muktamad dan pengadil berhak mengubahsuai dan meminda rekabentuk illustrasi karya yang disertai jika perlu.

17. Urusetia pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan hasil karya yang dikirimkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.gundu.my/content/adiwira]ADIWIRA