Menangi Pecutian Dimana Jua, Bila-bila Masa!
[color=#ff6600]1 Hadiah Utama x 3[/color]
Pakej percutian di Malaysia untuk 4-sekeluarga sepanjang tahun bernilai RM15,000
52 Hadiah harian
iTalk benilai RM52 setiap satu
1 PERADUAN MAGGI® MENYAMBUT KEMERIAHAN MERDEKA!â„¢ [“Peraduanâ€] ini dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“pihak Penganjurâ€] dan dibuka
kepada semua penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas pada 15/07/2009.
2 Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
[a] Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk
suami/isteri]; dan/atau
Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya]
dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
Tempoh
1 Peraduan ini akan diadakan dari 15/07/2009 hingga 15/10/2009 [“Tempoh Peraduanâ€]. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila
masa sahaja. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
Penghantaran Borang Penyertaan & Kriteria Kelayakan
1 Bagi setiap pembelian mana-mana varian multi pek Mi 2 Minit MAGGI® atau mi segera MAGGI® HOT CUP Perasa Kari atau Ayam dengan pembungkusan promosi,
anda layak menyertai Peraduan ini. Bukti pembelian yang dikehendaki ialah pek luar multi pek promosi Mi 2 Minit MAGGI® atau label promosi MAGGI® HOT CUP
[“Bukti Pembelianâ€].Syarat & Peraturan Peraduan
Penganjur & Kelayakan Mengambil Bahagian
Untuk menyertai Peraduan, anda hanya perlu menulis dengan tangan di atas sehelai kertas butir-butir peribadi yang dikehendaki, iaitu Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan,
Alamat, Nombor Telefon dan/atau Telefon Bimbit dan 3 [tiga] jawapan yang betul kepada soalan yang ditunjukkan pada Bukti Pembelian. Sila rujuk contoh yang ditunjukkan
pada Bukti Pembelian. Setiap penyertaan mestilah diisi secara bertulis tangan individu dan original dan di sertakan Bukti Pembelian yang dikehendaki. Penyertaan yang
tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau tidak tepat, penyertaan yang memberikan jawapan salah, penyertaan tanpa Bukti Pembelian yang betul dan/atau rosak akan dibatalkan.
3 Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih daripada 1 [satu] borang penyertaan tetapi setiap borang penyertaan mesti disertakan dengan 1 [satu] Bukti Pembelian dalam
1 [satu] sampul surat. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan atau Bukti Pembelian akan dibatalkan.
4 Setiap penyertaan mesti dikirim melalui pos biasa ke alamat yang dinyatakan. Borang penyertaan yang diterima menerusi penghantaran dengan tangan, khidmat kiriman
cepat, Pos Laju dan/atau sebarang kaedah kiriman yang lain akan dibatalkan secara automatik. Bukti kiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur.
5 Setiap borang penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan diberi nombor-nombor bersiri mengikut Bukti Pembelian yang dikemukakan:
– 1 [Satu] pek luar multi pek Mi 2 Minit MAGGI® – 3 [tiga] nombor bersiri.
– 1 [Satu] label MAGGI® HOT CUP – 1 [satu] nombor bersiri.
Hadiah
1 Hadiah bagi Peraduan ini dibahagikan kepada 2 [dua] kategori.
2 Kategori 1: 52 [lima puluh dua] Hadiah Harian X 93 [sembilan puluh tiga] hari:
[a] Terdapat sejumlah 52 [lima puluh dua] Hadiah Harian boleh dimenangi untuk 93 [sembilan puluh tiga] hari sepanjang Tempoh Peraduan.
[i] Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan akan dibahagikan dengan 52 [lima puluh dua] untuk
memperolehi nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Harian. Nombor bersiri penyertaan yang menang ialah nombor bulat terdekat lebih
rendah yang diperolehi daripada pembahagian tersebut.
Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan adalah bagi 2,477 penyertaan, maka jumlah tersebut akan dibahagikan dengan 52 [lima puluh dua] untuk
memperolehi nombor bersiri kemenangan Hadiah Harian. Penyertaan dengan nombor bersiri ke- 47 akan dipilih sebagai nombor bersiri kemenangan
yang pertama, nombor bersiri ke-94 sebagai nombor bersiri kemenangan yang kedua dan seterusnya.
[ii] Pemenang akan memenangi 1 [satu] Hadiah Harian berupa kad eksklusif iTalk MAGGI® Merdeka bernilai RM52 [Ringgit Malaysia: lima puluh
dua] setiap seorang.
Setiap peserta boleh memenangi 1 [satu] Hadiah Harian sehari dan maksima hanya 5 [lima] Hadiah Harian sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya pemenang
memenangi 2 [dua] hadiah atau lebih sehari atau lebih daripada 5 [lima] hadiah sepanjang Tempoh Peraduan, hadiah seterusnya akan dimenangi oleh peserta
dengan nombor bersiri lebih tinggi seterusnya secara berturutan. Pada akhir Tempoh Peraduan, 4,836 [empat ribu lapan ratus tiga puluh enam] Hadiah
Harian akan dimenangi.
3 Kategori 2: 1 [satu] Hadiah Utama setiap 31 hari:
[a] Terdapat 1 [satu] Hadiah Utama untuk dimenangi setiap 31 [tiga puluh satu] hari sepanjang Tempoh Peraduan sebagaimana berikut:
• 15/07/09 – 14/08/09 • 15/08/09 – 14/09/09 • 15/09/09 – 15/10/09
[i] Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan bagi setiap tempoh 31 hari akan dibahagi 2 [dua] untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan
bagi Hadiah Utama. Nombor bersiri penyertaan yang menang ialah nombor bulat terdekat lebih rendah yang diperolehi daripada pembahagian tersebut.
Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan adalah 75,887 penyertaan, maka jumlah tersebut akan dibahagikan dengan 2 [dua] untuk memperolehi
nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama. Penyertaan dengan nombor bersiri ke-34,943 akan dipilih sebagai nombor bersiri kemenangan.
[ii] Pemenang akan memenangi 1 [satu] Hadiah Utama berupa 4 [empat] pakej percutian pilihan pemenang di Malaysia, untuk 4 [empat] orang, bagi
1 [satu] tahun bernilai sehingga RM15,000 [lima belas ribu Ringgit Malaysia] setiap satu.
Setiap peserta hanya boleh memenangi 1 [satu] Hadiah Utama. Pada akhir Tempoh Peraduan, 3 [tiga] Hadiah Utama akan dimenangi.
4 Pemenang akan diberitahu melalui pos. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh 3 [tiga] bulan dari tarikh surat pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan
ditarik balik. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan menerusi pos kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima. Senarai pemenang juga
akan diumumkan di laman web Pihak Penganjur [www.nestle.com.my].
5 Pihak Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi
notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada
secara sebahagian atau sepenuhnya.
6 Semua pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan
bersama hadiah berkenaan, jika ada.
Liabiliti & Tanggungjawab
1 Pemenang akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau
kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini dan bersetuju untuk
melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Pihak Penganjur daripada sebarang liabiliti.
2 Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut
hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
Hak Pihak Penganjur
1 Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti dan pemenang
tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
Terma & Syarat
1 Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
2 Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan Peraduan ini, serta keputusan Pihak Penganjur.
Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.maggi.com.my/]MAGGI
No Comment