KUCHING, Khamis – Azah Zaharah Irwan, Abang Redzuan Zainuren dan Nowiem ak Noping diumumkan sebagai pemenang peraduan Red Bull Drink & Win yang dianjurkan pada Disember 2013 hingga Februari 2014.

 

Pengurus Kawasan Red Bull Sarawak, Micheal Tan berkata, ketiga pemenang bertuah minuman tenaga tersebut membawa pulang sebuah set televisyen Sony LED 40″.

 

Manakala, tempat kedua diumumkan kepada Mohd. Ismail Hussain, Sia Ten Hun, Sulaiman Genoh, Yong Shiau Ling dan Eilia Mastari yang membawa pulang sebuah set teater rumah jenama Sony.

 

Selain itu, katanya, seramai 50 orang lagi pemenang menerima sekarton minuman Red Bull.

 

“Red Bull adalah minuman tenaga pertama di seluruh negara. Justeru, kita mengadakan promosi istimewa di Sarawak dengan sebuah peraduan yang hanya memfokuskan penduduk negeri ini,” katanya semasa majlis penyampaian hadiah peraduan Red Bull Drink & Win di sini, hari ini.

 

Menurut Micheal, peraduan istimewa tersebut secara langsung memberi peluang kepada rakyat Sarawak amnya, peminat setia minum tenaga tersebut memenangi hadiah.

 

“Apabila kita mengadakan peraduan ini, kita mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dan setiap peserta mempamerkan kebolehan masing-masing iaitu signature kreatif Red Bull masing-masing,” jelasnya.

 

Katanya, untuk melayakkan menyertai peraduan tersebut, pelanggan harus membeli produk Red Bull (botol berwarna emas/perak) dan penutup botol atau gelangnya disimpan sebagai bukti pembelian.

 

Selepas itu, pelanggan mesti mengemukakan signature Red Bull yang paling kreatif dan bukti pembelian dihantar kepada Red Bull.

Sumber: http://www.utusansarawakonline.com/news/12447/Azah-Redzuan-menang-peraduan-Red-Bull/