Sebenarnya, tiada cara mudah buat duit.

Jika ada skim yang menjanjikan pulangan tetap yang tinggi, mereka memang agenda tersendiri – jangan mudah terpedaya.

Jadi ada tak cara buat duit online tanpa ditipu atau tersilap join scam?

Ya ada. Tapi caranya tak begitu mudah. Ada tiga langkah:

Langkah 1: Tambah Ilmu

Mulakan dengan mencari ilmu. Jika nak lebih tahu tentang bisnes, baca buku bisnes. Jika berminat untuk cari duit dari rumah, boleh berguru tentang bisnes internet.

Kami cadangkan baca buku “Memulakan Bisnes Sendiri” oleh Puan Ainon Mohd, buku Kisah Orang Menang oleh Saiful Nang, dan buku-buku Robert Kiyosaki.

mula bisnes sendiri buku kisah menang buku bisnes

Langkah 2: Mula Secara Kecil-kecilan

Tiada usahawan berjaya yang terus berada di atas. Semua akan bermula dari bawah. Mulakan yang kecil. Jangan berhutang. Tak perlu tamak hingga sanggup bergadai dan berhutang kerana memikirkan modal besar diperlukan untuk untung besar yang segera – itu skim cepat kaya!

Antara usaha yang boleh dibuat untuk memulakan perniagaan yang sebenar (bukan skim masuk-duit-cari-downline-dan-goyang kaki):

  • Jual barangan yang tidak dipakai di rumah anda di Mudah.my atau eBay
  • Jual barangan kraf di Etsy (pasaran antarabangsa tanpa modal besar).
  • Cuba belajar trading dengan membeli barangan dari China dan menjual semula di pasaran Malaysia.
  • Promosikan barangan affiliate (bukan Affiliate Junction ya) melalui blog, Facebook atau website anda sendiri. Program affiliate yang mudah untuk di sertai di Malaysia adalah Involve Asia. Dah sertai, boleh promote barangan Lazada, Trivago, Hotels.com, Photobook Malaysia, Motherhood.com.my dan banyak lagi. Selain itu ada juga program-program antarabangsa seperti Commission Junction, ShareaSale, Clickbank. Penyertaan untuk semua program ini adalah percuma. Jika ada leaders atau upline yang ajak labur duit ribu-ribu, itu program affiliate tipu!
  • Langkah 3: Ulang Langkah 2 Di Atas

    Jika tak berjaya, cuba produk atau servis lain.

    Jangan takut gagal. Jika gagal pun, anda akan belajar dari pengalaman. Tapi kalau modal pun dah berhutang, bila gagal… muka mana nak simpan?

    Lagi Tips Buat Duit

    Pilih idola atau role model. Untuk yang beragama Islam, role model bisnes terbaik adalah Rasulullah (saw) dan sahabat-sahabatnya seperti Abdul Rahman Auf.

    Untuk menjadikan mereka ini role model, anda boleh mulakan dengan bacaan-bacaan di bawah:

    usahawan islam muhammad usahawan abdul rahman auf

    Jangan lupa share dan bookmark page ini kerana kami akan tambah tips dari masa ke semasa.