KONGSIKAN CARTA KELUARGA ANDA DAN MENANG HADIAH HEBAT!
Beli satu pek bateri Eveready/Energizer, bina carta keluarga anda dengan sekurang-kurangnya 2 nama ahli keluarga untuk peluang menang hadiah hebat bernilai sehingga RM500,000. Slogan dan kapsyen tidak diperlukan. Hanya bina carta keluarga di laman web seperti yang tertera di bawah.
Hadiah-hadiah
Hadiah Utama: Sebuah unit kondo bernilai RM340,000.
Hadiah Pertama: Proton Saga 1.3 Plus CVT Auto bernilai RM34,526.58.
Hadiah-hadiah Lain: Baucar percutian keluarga bernilai RM6,000 x 1, Suzuki Shogun Axelo-S bernilai RM5,728.00 x 1, Suzuki Nex scooter bernilai RM4,568 x 1, Baucar percutian keluarga bernilai RM4,000 x 1, Peti Sejuk Sharp x 1, iPhone 6S Plus 16GB x 1, TV Smart 49in UHD LED LG x 1, Mesin Basuh Samsung x 1, Pengadun Berdiri Kenwood x 1, TV Smart 43in Full HD LED LG x 1, Ketuhar Perolakan Samsung x 1, Pembersih Vakum Dyson x 1, GoPro Hero4 x 1, Penyaman Udara Samsung x 1, iPad mini 16GB x 1, TV 40in Full HD LED Samsung x 1, Pembersih Vakum Electrolux x 1, Sistem Teater Rumah Blu Ray Samsung x 1, Pembersih Udara Sharp x 1 dan Baucar percutian keluarga bernilai RM1,000 x 1.
Hadiah Bonus x 1: Kenduri untuk keluarga dan rakan-rakan (sehingga 100 orang) bernilai sehingga maksimum RM72,000.00.
Hadiah Utama merupakan sebuah unit kondo bernilai RM340,000 Hadiah Utama tidak termasuk duti setem, kos perundangan, insurans dan sebarang kos lain yang berkenaan, yang mana kos-kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang. Sekiranya unit kondo tersebut tidak tersedia pada masa pengumuman, pemenang akan menerima wangtunai RM340,000.
Cara Sertai
Para peserta mestilah membeli mana-mana produk Eveready dan/atau Energizer yang bernilai RM10.00 dan ke atas dalam resit tunggal dari mana-mana pasar raya/kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan. Setiap pembelian tersebut melayakkan peserta untuk menghantar satu (1) penyertaan pos ATAU satu (1) penyertaan melalui Internet.
Melalui pos/borang penyertaan:
- Lengkapkan borang penyertaan dengan butiran peribadi.
- Isikan carta keluarga dengan minimum dua (2) nama (peserta dan seorang lagi ahli keluarga).
- Lampirkan resit tunggal asal (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) dengan pembelian RM10.00 dan ke atas mana-mana produk Eveready dan/atau Energizer yang turut serta sebagai bukti pembelian.
- Hantar penyertaan melalui pos biasa ke: Peraduan Eveready ‘We Are Family’, Peti Surat 3292, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
- Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan. Bagi mengelakkan keraguan, setiap resit sah atau bukti pembelian layak untuk satu (1) penyertaan sahaja.
Melalui Internet:
- Log masuk ke laman web di bawah.
- Lengkapkan borang Internet dengan butiran peribadi dan isikan carta keluarga dengan minimum dua (2) nama (peserta dan seorang lagi ahli keluarga).
- Klik hantar.
- Simpan resit bercetak tunggal dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan Internet (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) sebagai bukti pembelian. Bagi mengelakkan keraguan, setiap resit sah atau bukti pembelian layak untuk satu (1) penyertaan.
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan Internet mestilah disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan. - Carta keluarga yang dihantar akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak Penganjur sebelum diterbitkan di laman web. Setiap penapisan mengambil masa minimum 24 jam untuk gambar yang dimuat naik untuk diterbitkan di laman web. Sila maklum bahawa semua muat naik yang dibuat pada hujung minggu harus diberikan minimum 24 jam bermula pukul 9 pagi pada hari berkerja seterusnya. Sila maklum bahawa masa kawalan mungkin mengambil masa lebih daripada 24 jam disebabkan oleh jumlah penyertaan yang tinggi. Apabila versi ringkas carta keluarga yang dimuat naik diterbitkan di laman web, pengguna laman web yang lain akan berpeluang melihatnya.
Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 Ogos 2016) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikatgabungandan/atauberkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.
Cara pemilihan pemenang
Satu (1) Hadiah Utama , Satu (1) Hadiah Pertama dan 20 Hadiah-hadiah Lain (“Hadiah Keseluruhan”):
Para pemenang Hadiah Keseluruhan yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 21.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 21,509 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 21.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 1,000. Maka penyertaan layak ke-1,000, ke-2,000, ke-3,000 dan seterusnya masing-masing akan disenarai pendekkan. Jika penyertaan yang disenarai pendek dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang ganti yang layak, sebagai contoh: pemenang ganti untuk penyertaan layak ke-1,000 adalah penyertaan layak ke-999.
Dua puluh satu (21) Pemenang yang disenarai pendek akan dijemput ke Lembah Klang untuk menyertai satu siri permainan bagi menentukan penerima Hadiah Pertama. Peserta yang bakal menjadi Pemenang Hadiah Pertama akan berpeluang menyertai satu lagi acara untuk menjadi Pemenang Hadiah Utama. Jika Pemenang memenangi Hadiah Utama, Hadiah Pertama akan dibatalkan. Jika Pemenang tidak memenangi Hadiah Utama, Pemenang tersebut akan diberikan Hadiah Pertama dan Hadiah Utama akan dibatalkan.. Semua kos perjalanan dan sebarang perbelanjaan dalam menyertai acara ini akan ditanggung oleh peserta. Semua peserta dikehendaki untuk menandatangani surat pelepasan dengan pihak Penganjur sebelum menyertai acara, dan sekiranya gagal, peserta tersebut akan dibatalkan kelayakkannya.
Hadiah Bonus x 1:
Pemenang Hadiah Bonus yang layak akan ditentukan oleh penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dengan bilangan terbesar ahli keluarga (bilangan mengikut jumlah ahli yang masih hidup) yang diisikan dalam carta keluarga.
Pihak Penganjur akan meminta peserta untuk mengemukakan dan menyerahkan dokumen-dokumen pengenalan ahli-ahli keluarga terpilih untuk tujuan pengesahan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pembatalan kelayakan peserta tersebut dan pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kemenangan dan mengganti Pemenang lain.
Tarikh Tutup, Laman Web Peraduan dan Maklumat Lanjut
Peraduan Eveready ‘We Are Family’ akan berlangsung dari 1 Ogos 2016 hingga 30 September 2016 (“Tempoh Peraduan”). Energizer Malaysia SdnBhd (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan diwajibkan menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.
Para Pemenang yang layak melalui penyertaan Internet dikehendaki untuk menghantar butiran melalui Pos Laju/kurier termasuklah semua resit bercetak asal (dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan Internet) berserta salinan kad pengenalan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta yang layak dan memilih peserta layak seterusnya sebagai Pemenang. Sebarang kos yang terlibat dalam penghantaran ini perlu ditanggung sendiri oleh peserta yang layak. Bukti kiriman penghantaran tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penghantaran yang hilang, lewat atau tersilap alamat.
Maklumat lanjut di www.myeveready.com
Where to get the form for this contest?