Sertai Peraduan “Makan Sampai Menang Iphone Terkini!
Perghh senang je, hanya Makan Mi Cawan Mamee & ikut 3 langkah mudah seperti berikut:

Langkah 1: Beli Mi Cawan Mamee Chef, Mamee Express atau Mamee Sllrrp.
Langkah 2: Jawab soalan ini: Terdapat TIGA (3) produk Mi Cawan Mamee yang mengambil bahagian di dalam Peraduan Mamee Makan Sampai Menang. Betul atau salah?
Langkah 3: Hantar jawapan, kod unik, nombor MyKad & nama penuh ke nombor +6016 372 6297 melalui Whatsapp.

Jadual Pembelian dan Kod Unik
Para peserta di kehendaki mendapat Kod Unik dari produk Mi Cawan MAMEE di bawah.

· MAMEE CHEF Cawan berperisa Chicken Shiitake, Curry Laksa, TomYam ataupun Lontong
· MAMEE EXPRESS Cawan berperisa Chicken, Curry, Vegetarian ataupun Tomyam
· MAMEE SLLRRRP Cawan berperisa Kari Berapi ataupun Kari Xtra Pedas

Peraduan ini akan berlangsung mulai 13 November 2017, jam 0:00:00 hingga 31 Disember 2017

Penganjur & Kelayakan

1. Peraduan MAMEE ‘MAKAN SAMPAI MENANG’ [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd. [“MDD” / “Pihak Penganjur”] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Brunei yang mempunyai Kad Pengenalan yang sah pada 13 November 2017 [“Peserta”].

2. Individu daripada golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
a) Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan yang berkaitan dengannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
b) Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat, agensi pengiklanan dan/atau agensi promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
c) Individu-individu yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya]
Tempoh

3. Peraduan ini akan berlangsung mulai 13 November 2017, jam 0:00:00 hingga 31 Disember 2017, jam 23:59:59 malam [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima selepas 31 Disember 2017 akan dibatalkan.
Tempoh Peraduan Mingguan (7 minggu keseluruhan di dalam tempoh peraduan)
· Minggu 1: 13 Nov – 19 Nov 2017
· Minggu 2: 20 Nov – 26 Nov 2017
· Minggu 3: 27 Nov – 3 Dis 2017
· Minggu 4: 4 Dis – 10 Dis 2017
· Minggu 5: 11 Dis – 17 Dis 2017
· Minggu 6: 18 Dis – 24 Dis 2017
· Minggu 7: 25 Dis – 31 Dis 2017
Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

4. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu membeli sebarang produk Mi Cawan MAMEE yang mengambil bahagian (sila lihat “Jadual Pembelian” atau sila rujuk ke laman sesawang berikut www.facebook.com/mymameechef/.

Jadual Pembelian dan Kod Unik
5. Para peserta di kehendaki mendapat Kod Unik dari produk Mi Cawan MAMEE yang tertera di bawah.
· MAMEE CHEF Cawan berperisa Chicken Shiitake, Curry Laksa, TomYam ataupun Lontong
· MAMEE EXPRESS Cawan berperisa Chicken, Curry, Vegetarian ataupun Tomyam
· MAMEE SLLRRRP Cawan berperisa Kari Berapi ataupun Kari Xtra Pedas

6. Bagaimana untuk mendapatkan Kod Unik pada produk Mi Cawan MAMEE yang mengambil bahagian?
· Dapatkan Mi Cawan MAMEE CHEF, Mi Cawan MAMEE EXPRESS dan Mi Cawan MAMEE SLLRRRP Cawan 72g, 62g: Kod unik dicetak di bahagian dalam label cawan / produk tersebut [“Bukti Pembelian”].

7. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan kod unik produk Mi Cawan MAMEE yang mengambil bahagian:
· Peserta dikehendaki menyimpan kesemua label yang dicetak dengan Kod Unik yang digunakan di dalam penyertaan sebagai bukti pembelian. Jika gagal membuat demikian, pihak MDD berhak membatalkan penyertaan peserta dengan serta-merta.

8. Setiap SATU (1) kod unik produk Mi Cawan MAMEE yang sah layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja. Sila rujuk struktur pemberian mata yang dapat diperolehi dengan setiap jawapan yang betul melalui setiap produk Mi Cawan MAMEE yang mengambil bahagian.

9. Struktur peruntukan mata seperti berikut:
Mi Cawan MAMEE CHEF = 2 Mata Penyertaan
Mi Cawan MAMEE EXPRESS = 1 Mata Penyertaan
Mi Cawan MAMEE SLLRRRP Cawan 72g, 62g = 1 Mata Penyertaan
· Sekira terdapat sebarang pertanyaan berkenaan dengan peraduan ini, sila hubungi pihak kami di talian +603 7802 8928 (pada hari dan waktu bekerja sahaja, kecuali cuti negeri dan cuti umum).
Cara / Mekanisme Penyertaan

10. Untuk menyertai Peraduan ini dan agar berpeluang memenanginya, semus Peserta hendaklah:
· Langkah 1: Beli Mi Cawan MAMEE ‘MAKAN SAMPAI MENANG’ (lihat Jadual Pembelian di atas) di dalam Tempoh Peraduan (13 November – 31 Disember 2017).
· Langkah 2: Jawab Soalan Peraduan yang tertera pada label Mi Cawan MAMEE ‘MAKAN SAMPAI MENANG’ dan buka label tersebut untuk mendapatkan Kod Unik anda. Hrap maklum: Label yang mengandungi Kod Unik mestilah disimpan sebagai Bukti Pembelian dan diberikan kepada Pihak Penganjur sebagai pengesahan semasa tuntutan Hadiah.
· Langkah 3: Hantarkan maklumat berikut; Jawapan kepada Soalan Peraduan, Kod Unik, Nombor MyKad dan Nama Penuh melalui aplikasi WhatsApp ke nombor +6016 372 6297 (nombor rangkaian telco di Malaysia)

11. Untuk penyerahan penyertaan, para peserta perlu melengkapkan kesemua butir dengan tepat. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.

12. Semua penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang betul bersertakan kod unik yang sah akan diterima sebagai penyertaan yang layak.
Pemilihan Pemenang, Hadiah-Hadiah Peraduan dan Pengumuman Pemenang Mingguan

13. Pemenang akan dipilih pada SETIAP MINGGU (di dalam Tempoh Peraduan). Sila rujuk ke jadual Tempoh Peraduan Mingguan untuk menentukan tempoh penyertaan anda.

14. Mata terkumpul akan kembali ke KOSONG (0) pada akhir setiap Tempoh Peraduan Mingguan.

15. Terdapat sejumlah 42 hadiah keseluruhan bagi peraduan ini’ bermakna 6 hadiah akan diperuntukkan pada setiap minggu.

16. Hadiah (Mingguan) terdiri daripada berikut:
· Telefon pintar – iPhone terkini x 6 pemenang setiap minggu

17. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki tetapi setiap peserta hanya layak memenangi SATU (1) hadiah sahaja (di sepanjang Tempoh Peraduan).

18. Pemenang hadiah mingguan peraduan akan ditentukan seperti berikut:
· Enam (6) Peserta dengan jumlah jawapan yang betul dengan mata terkumpul yang tertinggi akan memenangi Hadiah Mingguan tersebut.

19. Setiap pemenang hadiah mingguan akan menerima panggilan telefon (Isnin – Jumaat, jam 12pm – 5pm) dari Pihak Penganjur untuk menjawab SATU (1) soalan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya pemenang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat/betul, peserta yang seterusnya akan dihubungi.

20. Pemenang hadiah harian dikehendaki mengemukakan bukti pembelian dalam tempoh TUJUH (7) hari selepas dihubungi oleh Pihak Penganjur. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kehilangan kelayakan peserta tersebut.

21. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah atas dasar “seperti adanya” atau “as-is” dan pihak Penganjur berhak menukar spesifikasi dan warna hadiah yang akan diberikan. Spesifikasi hadiah-hadiah dan warna sebenar mungkin berbeza daripada visual dan imej yang terpapar pada risalah peraduan dan bahan-bahan cetakan yang lain.

22. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, risiko penebusan hadiah adalah tanggungjawab pemenang hadiah. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan untuk menebus hadiah dan bagi waranti produk / hadiah daripada pengilang/pembekal adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang hadiah semata-mata.
Kriteria Pengadilan

23. Keputusan pengadilan / pihak penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.
Notis Pemenang

24. Para pemenang akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan panggilan telefon. Panggialn telefon akan dibuat dari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja), 12pm hingga 5pm oleh Penganjur.

25. Para pemenang mesti menyerahkan bukti pembelian kepada MDD dalam tempoh tujuh (7) hari selepas dihubungi. Kemudian barulah hadiah-hadiah boleh ditebus atau dihantar kepada pemenang dalam tempoh SATU (1) bulan dari tarikh notis tersebut. Penebusan atau tuntutan selepas tempoh ini adalah tidak sah dan terbatal. Pihak penganjur tidak akan melayani sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh penebusan atau tuntutan hadiah.

26. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal mengikut prosedur penebusan hadiah seperti yang ditetapkan oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis kepada pemenang yang di luar jangkaan pihak Penganjur.

27. Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman sesawang atau di mana-mana medium yang lain yang dianggap sesuai oleh pihak Penganjur, dan setakat perlu di bawah undang-undang berkaitan, semua peserta yang menjadi pemenang bersetuju membenarkan Penganjur untuk membuat pengumuman tersebut. Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di laman sesawang atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.

28. Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan para pemenang Peraduan serta bagi tujuan penghantaran hadiah peraduan.

Terma dan syarat di http://bit.ly/2hoGXyJ