Adakah anda seorang yang minat memasak? Berpengetahuan luas dalam pelbagai ramuan dan rempah ratus masakan? Mampu memukau dengan aroma dan hidangan masakan anda?

Kini anda berpeluang untuk menonjolkan bakat masakan dalam MasterChef Malaysia, suatu program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang bakal menemui anda di Malaysia.

Kepada sesiapa yang tidak berpeluang untuk menghantar borang ujibakat secara online, anda boleh hadirkan diri ke lokasi-lokasi ujibakat yang telah ditetapkan. Jangan lupa untuk membawa masakan terhebat anda untuk diadili oleh juri-juri dari MasterChef Malaysia ketika datang pada hari ujibakat.

Langkah yang perlu dituruti ketika mempersembahkan hidangan di hadapan juri:

HARI PERTAMA

BILIK UJIBAKAT 1:

Anda hanya diberikan masa 3 hingga 5 minit SAHAJA untuk mempersembahkan dan menerangkan hidangan anda dalam BAHASA MELAYU.

Tips! : Gunakan masa yang diberi untuk menarik perhatian juri dengan gaya menarik yang anda miliki.

BILIK UJIBAKAT 2:

Jika anda berjaya mara ke BILIK UJIBAKAT 2, anda akan diberi masa 5 hingga 8 minit SAHAJA dengan menggunakan BAHASA MELAYU untuk memperkenalkan diri, menceritakan sedikit latar belakang dan serlahkan personaliti anda yang menarik. Semua kualiti tersebut akan menentukan sama ada anda benar-benar layak dan bersedia untuk MasterChef Malaysia.

Tips! : Gunakan masa yang diberi dengan sebaiknya. Bersedia dengan jawapan yang bernas untuk setiap soalan yang bakal ditanya dan serlahkan imej serta personaliti anda yang mampu menarik perhatian pihak juri.

Selamat Berjaya!