The admin of this website would highly recommend Muslims and those who do not want to be cheated to read this before you proceed to enter this contest.

KUALA LUMPUR: Celcom (Malaysia) Bhd menjelaskan peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ yang dianjurkannya adalah peraduan menguji kepintaran dan bukan berkonsep cabutan bertuah untuk pemilihan pemenang.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata Celcom memandang serius dakwaan pelbagai pihak yang menyatakan ia haram dari segi hukum Islam dan menegaskan mekanisme yang digunakan tidak bercanggah dengan hukum.

Malah, beliau berkata, penyertaan yang membabitkan kos RM5 untuk setiap khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar sudah dimaklumkan kepada pelanggan menerusi iklan dan laman web syarikat berkenaan.

Katanya, pemilihan pemenang harian adalah berasaskan kecekapan peserta mengumpul mata tertinggi selepas berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan tepat.

“Kita tidak mahu konsep ini disalah tafsir kerana pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi dengan jawapan yang betul mengikut proses pemilihan yang telus dan bukan berasaskan cabutan bertuah.

“Malah, sekiranya sembilan peserta harian berjaya mengumpul markah tertinggi yang sama pada jam 11.59 malam, mereka akan diberikan satu soalan akhir dan peserta yang dapat memberikan jawapan paling hampir dipilih pemenang,” katanya pada sidang media semalam.

Maklumat lanjut yang lebih jelas berhubung penyertaan peraduan itu turut dipaparkan di laman web rasmi 100 Hari 100 Kereta Celcom iaitu http://www.100days100cars.com