Cara menyertai peraduan (langkah-langkah) :-

Langkah 1 : Beli salah satu produk terpilih Orang Kampung sebagai “bukti pembelian” sertakan bersama “Borang Penyertaan” mengikut kreativiti dan hantar ke alamat berikut sebelum 15hb Jun 2009

“PERADUAN BONANZA OK! 2009
Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd
No.17 Jalan Seri Duyung 2/10,
Taman Seri Duyung Fasa 2,
75460 Melaka.

Langkah 2 : Lengkapkan slogan berikut :-
Saya suka produk Orang Kampung kerana ……………………………………………(tidak melebihi 20 patah perkataan)

Nota : Penyertaan disertakan “TESTIMONI” amat dialu-alukan jika ada.

TERMA & SYARAT

1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, Brunei dan Singapura yang
berumur 18 tahun keatas kecuali kakitangan Kumpulan Syarikat Orang Kampung, keluarga terdekat mereka serta ajen-ajen pengedarannya.
2. Borang asal boleh didapati mana-mana premis perniagaan yang mengambil bahagian dalam peraduan ini, borang penyertaan juga boleh dimuat turun dalam laman web www.orangkampung.com Salinan borang penyertaan juga diterima pakai.
3. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan. Setiap borang penyertaan hendaklah disertakan dengan bukti pembelian yang asli.
4. Peraduan ini bermula dari 1hb Mac 2009 dan berakhir pada 15hb Jun 2009 pada jam 5:00 petang.
5. Bukti penghantaran POS bukanlah bukti penerimaan.
6. Peraduan ini dibahagikan kepada 2 kategori :-
Kategori A : Hadiah Utama (GP)
i Sekiranya peserta itu telah memenangi Hadiah Bulanan, beliau masih layak
memenangi Hadiah Utama (GP) :- Peraduan 15hb JUN 2009
Kategori B : Hadiah Bulanan
i Peserta hanya layak memenangi 1 (satu) Hadiah Bulanan sahaja
sepanjang tempoh peraduan :- Peraduan Pertama 31hb Mac 2009
Peraduan Kedua 30hb April 2009
Peraduan Ketiga 31hb Mei 2009
7. Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah tersebut dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
8. Semua hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik atau ditukarkan dengan wang tunai.
9. Pemilihan pemenang adalah muktamad mengikut pertibangan pihak penganjur berdasarkan slogan dan kreativiti peserta dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
10. Hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemberitahuan. Tuntutan selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.
11. Pemenang hadiah akan diumumkan melalui pos/akhbar/telefon/laman web ww.orangkampung.com
12. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak jelas atau penghantaran lewat secara automatic terbatal dengan sendirinya.
13. Pihak penganjur dan agensi-agensinya berhak menggunakan nama, atau foto pemenang untuk tujuan publisiti, iklan dan perdagangan tanpa membayar saguhati atau memberi notis.
14. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju mematuhi terma dan syarat keputusan penganjur.
15. Pihak Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd juga berhak mengubah, membatalkan atau menambah syarat dan terma peraduan ini tanpa sebarang notis.

Untuk keterangan lanjut, lawati http://www.orangkampung.com/BonanzaOK.html]PERADUAN