Kempen Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue bermula dari 22 Ogos hingga 23 Oktober 2009. Kempen ini terbuka kepada semua penonton TV3 dan pengguna Celcom BLUE. Mereka hanya perlu menonton program yang disiarkan di TV3 sepanjang kempen ini berlangsung dengan menjawab soalan-soalan mudah.

Semua penonton TV3 yang ingin menyertai kempen ini hanya perlu menaip perkataan bluekata kunci mingguan, no KP dan hantarkan ke 33399. Bagi mendapatkan kata laluan ini, mereka hendaklah menonton TV3. Penonton TV3 kemudiannya dikehendaki menjawab soalan-soalan mudah tentang Celcom dan TV3 seterusnya berpeluang memenangi 4 hadiah harian berupa baucer barangan bernilai RM200 setiap satu.

Pelanggan Celcom BLUE yang telah menjawab soalan-soalan tersebut juga berpeluang memenangi Hadiah Mingguan yang lebih lumayan iaitu pakej deko ruang tamu bernilai RM30,000 dan hadiah-hadiah menarik lain, setiap minggu seperti TV LCD 37”, TV LCD 32”, Mini Hifi, PS3, DVD, penghawa dingin, kerusi urut, home theatre, Nitendo Wii dan lain-lain lagi.

Mereka hanya perlu menambah nilai kad prabayar sebanyak RM 20 dan menggunakannya dalam masa seminggu. Hadiah pakej deko ruang tamu yang akan ditawarkan setiap minggu ini akan dihias sendiri oleh pereka hiasan dalaman terkenal, Rizalman Ibrahim. Bagi pelanggan baru Celcom BLUE pula, mereka boleh mendapatkan duit raya sebanyak RM15 dengan hanya membeli pek Celcom BLUE dan menambah nilai RM10 selepas pengaktifan pek tersebut.
Pemenang yang telah berjaya memenangi hadiah harian dan mingguan RM30,00 juga layak memenangi hadiah utama pakej deko ruang tamu yang bernilai RM50,00 yang bakal diumumkan di penghujung kempen istimewa ini.

Keterangan lanjut, layari http://www.tv3.com.my/celcomdeko/]CELCOM TV3