Peraduan untuk adik-adik dan anak-anak ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah darjah satu hingga enam di seluruh Malaysia. Peserta boleh merekacipta Maskot Hurix’s Glukusking dengan penuh kreativiti dan melukiskannya di atas kertas A4.

Hadiah-hadiah (Prizes)
No. 1 — Mini Ipad + Sijil + Trofi
No. 2 — Kamus Elektronik + Sijil + Trofi
No. 3 — Basikal + Sijil + Trofi
Hadiah Istimewa x 20 — Beg Sekolah Hurix’s + Sijil + Trofi

Cara Penyertaan Merekacipta Maskot Hurix’s Glukusking

Beli mana-mana 2 kotak kecil (6 pkt) atau pek (250gm/300gm) Hurix’s Glukusking, ATAU mana-mana 1 kotak besar (12 pkt), gunting dan sertakan Kod Bar tersebut untuk mengambil bahagian dalam “Peraduan Merekacipta Maskot Hurix’s Glukusking”. Penyertaan tanpa butiran lengkap akan ditolak. Bilangan penyertaan tidak terhad, asalkan Kod Bar yang disertakan mestilah mencukupi.

Syarat-syarat Penyertaan

1. Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah darjah satu hingga enam di seluruh Malaysia.

2. Peserta boleh merekacipta Maskot Hurix’s Glukusking dengan penuh kreativiti dan melukiskannya di atas kertas A4.

3. Setiap hasil karya mestilah asli/ original dan tidak boleh ditiru, diciplak atau diambil dari mana-mana pihak atau hasil kerja orang lain.

4. Pihak juri akan menentukan pemenang berdasarkan kreativiti dan kombinasi warna hasil karya.

5. Keputusan pihak juri adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

6. Gambar hadiah yang dipaparkan hanya untuk ilustrasi sahaja. Pihak penganjur berhak menggantikan mana-mana hadiah yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

7. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai.

8. Sila masukkan borang penyertaan yang lengkap bersama dengan hasil karya dalam sampul surat A4, pastikan bayaran pos mencukupi dan kirim ke alamat di bawah:

Peraduan Merekacipta Maskot Hurix’s Glukusking
Jin Bin Food Biotech Industries Sdn Bhd
No. 623, Kawasan Perusahaan Tandop Baru,
05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

9. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas borang penyertaan dan hasil karya yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

10. Semua hasil karya yang dikirim tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik pihak penganjur.

11. Pihak penganjur berhak mempaparkan butir-butir dan hasil karya peserta sebagai tujuan pengiklanan dan pemasaran.

12. Tarikh tutup penyertaan:30/06/2014

13. Pihak penganjur akan mengumumkan keputusan pada 31/07/2014 dan menghubungi para pemenang melalui telefon.

Maklumat lanjut: www.facebook.com/hurixspage/app_1461873344044935

Submitted by: JingJing Goh