Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah utama Proton SAGA 1.3!
Untuk mendaftar, klik di http://www.rasamas.com.my/syoknya.html]sini.
Terma dan Syarat
Pertandingan ini sah hanya di Malaysia dari 5 Mac hingga 25 Mac 2009.
Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas, kecuali anggota pekerja dan ahli keluarga terdekat Restoran RasaMas Sdn. Bhd., serta rakan perniagaan, syarikat bersekutu, agensi pertandingan, agensi perhubungan awam dan agensi pengiklanan mereka dan juga pihak lain yang terlibat dalam pertandingan ini.
Peserta perlu menghantar borang penyertaan yang lengkap diisi bersama dengan:
Butiran peribadi (i.e. Nama, Nombor KP Baru dan Nombor Telefon);
Resipi asli terbaik bagi masakan ayam panggang dalam format seperti yang dikehendaki dalam borang penyertaan;
Gambar hidangan tersebut (saiz 3R atau 4R);
Peserta perlu memilih negeri yang ingin diwakili mereka dan ini mungkin berbeza daripada alamat kediaman semasa; dan
Lengkapkan ayat slogan yang dinyatakan pada borang penyertaan dalam tidak lebih daripada 15 perkataan.
Setiap peserta dibenarkan menghantar sehingga 2 resipi. Resipi hendaklah asli, tidak dihasilkan semula, diterbitkan atau disalin daripada bahan sedia ada.
Bukti pembelian tidak diperlukan untuk layak menyertai pertandingan ini.
Borang penyertaan Pertandingan Syoknya! RasaMas 2009 boleh didapati di semua Restoran RasaMas dan Kedai Ayamas. Borang penyertaan asal, salinan fotostat dan borang yang dicetak di laman web adalah diterima.
Borang penyertaan yang lengkap diisi bersama resipi boleh dihantar ke peti pertandingan di Restoran RasaMas terpilih atau pos ke: Pertandingan Syoknya! RasaMas 2009, Peti Surat 3030, 47509 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Semua penghantaran mesti diterima selewat-lewatnya pada 25 Mac 2009.
Hanya 200 penyertaan pertama dari setiap negeri yang memenuhi syarat akan layak dipertimbangkan untuk proses pemilihan.
Penyertaan yang tidak lengkap, rosak, tidak boleh dibaca dan lewat akan dibatalkan.
Penyertaan yang dihantar menerusi khidmat penghantar surat, kiriman cepat, surat berdaftar atau POS Laju tidak akan dilayan dan akan dianggap sebagai tidak layak.
Pemilihan
Pusingan 1 – Saringan: Enam (6) peserta akan dipilih bagi setiap negeri oleh panel hakim berasaskan resipi terbaik yang dihantar. Peserta dipilih berdasarkan resipi, gambar dan ayat slogan lengkap seperti yang disyaratkan dalam borang penyertaan. Peserta – peserta yang terpilih perlu hadir untuk Pusingan 2.
Pusingan 2: Peserta -peserta yang terpilih mesti hadir untuk menyertai pertandingan yang akan diadakan oleh penganjur di tempat yang ditetapkan terlebih dahulu bersama seorang (1) tetamu jemputan yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pengadil akan memberi 80% daripada markah dan 20% daripada markah akan diberikan oleh penonton. Hanya tiga (3) peserta dengan pungutan mata tertinggi yang dipilih dari setiap negeri akan memasuki Pusingan 3 dan akan menerima Wang Tunai RM500, Baucar RasaMas bernilai RM200 dan Sijil Penyertaan setiap seorang. Peserta-peserta lain akan menerima Sijil Penyertaan setiap seorang.
Pusingan 3: Kesemua Tiga (3) peserta yang terpilih dari setiap negeri mesti hadir untuk menyertai pertandingan masakan yang diadakan oleh penganjur di studio (dengan rakaman) bersama seorang (1) tetamu jemputan berusia 18 tahun dan ke atas. Pengadil akan memberi 80% daripada markah dan 20% daripada markah akan diberikan oleh penonton. Hanya Lima (5) peserta dengan pungutan mata tertinggi akan dipilih untuk menyertai Pertandingan Akhir.
Pertandingan Akhir: Kesemua Lima (5) peserta akhir perlu hadir untuk menyertai pertandingan dan bertanding mengikut rutin yang ditetapkan oleh penganjur di tempat yang telah ditetapkan terlebih dahulu (dengan rakaman), bersama seorang (1) tetamu jemputan berusia 18 tahun dan ke atas untuk menentukan seorang (1) Pemenang Hadiah Utama, seorang (1) Pemenang Hadiah Ke-2, seorang (1) Pemenang Hadiah Ke-3 dan dua (2) Pemenang Hadiah Sagu Hati.
Semua perbelanjaan dan/atau kos yang diperlukan untuk hadir menyertai semua pusingan cabaran hendaklah ditanggung oleh peserta terpilih masing-masing.
Pemenang Hadiah Utama akan memenangi satu (1) unit Proton Saga 1.3 (MT) Base Line – Merah (tidak termasuk cukai jalan, insurans, caj penghantaran ke luar Semenanjung Malaysia dan sebarang caj perkhidmatan/pengendalian, cukai dan/atau duti lain yang perlu dibayar), Baucar RasaMas bernilai RM500, Trofi dan Sijil Penyertaan. Warna dan spesifikasi Proton Saga 1.3 (MT) Base Line – Merah yang dihadiahkan mungkin berbeza daripada yang diiklankan.
Hadiah Utama akan dihantar dalam masa 8 – 12 minggu (2 – 3 bulan) tertakluk kepada stok kereta.
Pemenang Hadiah Ke-2 akan memenangi Wang Tunai RM10,000, Peralatan Dapur bernilai RM5,000, Baucar RasaMas bernilai RM400 dan Sijil Penyertaan.
Pemenang Hadiah Ke-3 akan memenangi Wang Tunai RM5,000, Peralatan Dapur bernilai RM3,000, Baucar RasaMas bernilai RM300 dan Sijil Penyertaan.
Dua (2) Pemenang Hadiah Sagu Hati masing-masing akan memenangi Wang Tunai RM2,000, Baucar RasaMas bernilai RM200 dan Sijil Penyertaan.
Kos untuk pengambilan hadiah akan ditanggung oleh pemenang masing-masing. Pemenang-pemenang bertanggungjawab secara sepenuhnya terhadap semua cukai atau duti yang perlu dibayar, insurans, caj penghantaran ke luar Semenanjung Malaysia dan kos tambahan lain yang terbabit kerana menyertai Pertandingan Syoknya! RasaMas 2009 atau memenangi atau menggunakan sebarang hadiah di dalam pertandingan ini. Pemenang hendaklah bersetuju untuk melepaskan tanggungan dan membayar ganti rugi secukupnya kepada Restoran RasaMas Sdn. Bhd. terhadap sebarang kegagalan menjelaskan cukai dan/atau sebarang bayaran lain yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa.
Restoran RasaMas Sdn. Bhd. berhak untuk menamatkan pertandingan pada bila-bila masa dalam tempoh pertandingan.
Restoran RasaMas Sdn. Bhd. berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai, tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
Semua borang pertandingan dan resipi yang dihantar akan menjadi hak milik Restoran RasaMas Sdn. Bhd.
Restoran RasaMas Sdn. Bhd. berhak untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butir-butir dan/atau dokumen semua pemenang untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti dari masa ke semasa tanpa sebarang bayaran dan/atau royalti. Pemenang mungkin perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau menyertai program publisiti.
Restoran RasaMas Sdn. Bhd., semua rakan niaganya dan pihak lain yang terlibat dalam pertandingan ini, termasuk pengarah, pegawai dan/atau ejen, tidak bertanggungjawab dalam apa jua bentuk sekalipun terhadap yang berikut:
sebarang perbelanjaan tambahan yang ditanggung untuk menyertai pertandingan ini;
sebarang bentuk gangguan teknikal;
campur tangan pihak tidak sah dalam pertandingan;
kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran pertandingan atau pemprosesan penyertaan; dan
sebarang penyertaan yang hilang, dicuri, rosak, disalah hantar atau tidak diterima.
Semua Pemenang Hadiah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang timbul daripada penyertaan mereka dalam pertandingan ini atau daripada pengambilan hadiah. Dengan menerima atau mengambil mana-mana hadiah, pemenang bersetuju melepaskan tanggungan Restoran RasaMas Sdn. Bhd., semua rakan niaganya dan/atau pihak lain berkaitan dengan pertandingan, termasuk pengarah, pegawai, kakitangan dan ejen, daripada sebarang tuntutan, pendakwaan, penghakiman, kerosakan, kerugian atau liabiliti yang ditanggung berkaitan dengan penyertaannya dalam pertandingan, atau penerimaan atau pengambilan atau penggunaan mana-mana hadiah.
Terma dan Syarat pertandingan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat butir yang tidak konsisten antara kedua-dua versi Terma dan Syarat ini, maka versi Bahasa Malaysia akan diguna pakai.
Restoran RasaMas Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah Terma dan Syarat yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya tanpa memberikan sebarang notis. Terma & Syarat di dalam laman web adalah yang terkini dan mutakhir.
Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya semua Terma & Syarat pertandingan ini. Semua keputusan yang dibuat oleh hakim dan penganjur adalah muktamad dan mengikat. Surat-menyurat tidak akan dilayan.
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan alamat cawangan Restoran RasaMas atau Kedai Ayamas , sila telefon 03-5635 1391 (Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang, kecuali hari cuti umum).
No Comment