SEORANG warga Jepun, Encik Seiichiro Oiyama, kini bergelar jutawan setelah memenangi peraduan ‘Jadi Jutawan Changi’ semalam.
Encik Oiyama, jurutera berusia 34 tahun, yang berpangkalan di Singapura, mengatasi lima finalis bagi memenangi peraduan tersebut.
Tahun ini, finalis terdiri daripada warga Singapura, China dan Mesir, selain Jepun.
Dilancarkan pada 2010, peraduan itu menawarkan $1 juta kepada seorang pembeli-belah bertuah di Lapangan Terbang Changi.
Pemenang diumumkan di peringkat akhir peraduan itu yang diadakan di Terminal 3 semalam.
Sementara itu, Changi Airport Group (CAG) di acara itu turut memberi perkembangan mengenai perniagaan runcitnya.
Lapangan terbang itu mencatat penjualan lebih $2 juta pada 2014.
Ini meskipun bilangan penumpang daripada China telah merosot, menurut CAG.
Pasaran China ialah pasaran penting bagi lapangan terbang itu.
Kebanyakan pembeli-belah di lapangan terbang itu berasal dari China, Singapura, Indonesia, India dan Australia.
Barangan yang paling kerap dibeli ialah kosmetik dan wangian; coklat dan gula-gula; elektronik dan peralatan, barangan mewah serta arak dan rokok.
Original Source: http://beritaharian.sg/setempat/saya-jutawan
tanya bole saya dapat wang sebanyak itu