\"Cepat! Hantarkan borang penyertaan yang lengkap anda sebelum 28 Februari 2009!\"

Download Borang penyertaan dihttp://www.brandsworld.com.my/cms.file/mobj/mobj.476.SAYANG%20form.jpg]SINI

Syarat & Peraturan

Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas, kecuali pekerja Cerebos (M) Sdn. Bhd., agensi pengiklanan dan agensi promosi dan pengedar yang dilantik dan ahli yang berkaitan dengan promosi ini.

Peraduan ini tamat pada 28 Febuari 2009. Semua borang penyertaan hendaklah sampai kepada pihak penganjur selewat-lewatnya 28 Febuari 2009. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.

Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, dengan syarat, setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan 2 penutup dan 1 keping “barcode” Pati Ayam BRAND’S 42g yang asal. Salinan borang penyertaan adalah diterima. Setiap peserta hanya layak untuk 1 hadiah sahaja.

50 pemenang Hadiah Utama yang bakal menerima Tiket Eksklusif Premier pada 6 Mac 2009 akan dapat 2 keping tiket setiap seorang dan berparti bersama selebriti Sayang You Can Dance selepas tayangan Premier. 100 pemenang Hadiah Saguhati untuk Tiket Season akan menerima 2 keping Tiket Season setiap seorang sahaja.

Cerebos (M) Sdn Bhd berhak untuk menbatalkan penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak jelas/dibaca.

Semua pemenang-pemenang Hadiah Utama akan menerima Tiket Eksklusif Premier masing-masing pada hari premier – 6 Mac 2009 di pawagam premier yang ditetapkan dengan menunjukkan kad pengenalan yang asal, pemenang yang tidak dapat menghadiri boleh diganti oleh pengantinya tetapi pengantinya mesti membawa surat autoriti dan salinan kad pengenalan pemenang sebagai bukti. Hadiah Saguhati – Tiket Season akan dikirim kepada pemenang-pemenang melalui Pos dalam tempoh 2 minggu. Cerebos (M) Sdn. Bhd. tidak bertanggung jawab ke atas hadiah yang hilang, tersilap hantar atau rosak melalui pos.

Sebarang caj pengangkutan dan penginapan untuk tujuan penebusan hadiah ataupun untuk menghadiri upacara penyampaian hadiah akan ditanggung oleh pemenang.

Cerebos (M) Sdn Bhd berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah yang diberikan tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.

Semua borang penyertaan akan menjadi hak milik Cerebos (M) Sdn. Bhd. Cerebos (M) Sdn. Bhd. berhak menggunakan nama dan gambar pemenang-pemenang untuk tujuan pengiklanan dan promosi.

Cerebos (M) Sdn. Bhd. berhak untuk meminda, mengubah, memanjang atau menamatkan peraduan ini dalam situasi atau keadaan yang apabila dirasakan patut di dalam situasi atau keadaan yang di luar kawalannya. Tiada notis awal akan diberi.

Pemenang yang tidak dapat mematuhi syarat dan peraturan peraduan ini akan dibatalkan penyertaan mereka.

Keputusan para pengadil adalah muktamad dan tiada sebarang pertanyaan dan urusan surat-menyurat selepas itu akan dilayani. Pemenang akan diberitahu melalui panggilan telefon.

Semua peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa jua kecederaan, kerosakan atau tuntutan susulan dari penyertaan mereka di dalam peraduan ini dan/atau guna dan/atau penebusan hadiah mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila lawati http://www.brandsworld.com.my/cms.www/main.aspx?sid=366]PERADUAN