Affiliate Junction

Masalah Skim AJ adalah pada Skim Pengurangan Risiko Perniagaan (SPRP)

  • Kami di peraduan.com dah lebih 8 tahun menjalankan bisnes berasaskan affiliate program, termasuklah menyertai program affiliate seperti Commission Junction, Lazada, Groupon, Shareasale dan sebagainya. Bayaran komisen sebagai affiliate (atau ejen) adalah antara cara-cara kami menampung perbelanjaan dan perjalanan laman web peraduan.com. Kami percaya AJ bukan sistem affiliate dalam erti kata yang sebenar kerana beratus-ratus sistem affiliate yang kami pernah sertai tidak ada yang meminta wang pelaburan atau bayaran lesen (sila lihat senarai program-program alternatif di bawah yang boleh disertai secara percuma).
  • Untung dari penjualan lesen, akan menjadi fokus ahli daripada mendaftar atau merekrut ahli baru (pembeli dan peniaga) sebab cara ini boleh mengaut untung dengan cepat. Merekrut ahli baru adalah asas money game. Ahli-ahli sanggup berhutang untuk membeli beberapa lesen.
  • Skim SPRP adalah berunsurkan riba sebab merupakan jaminan bayaran tanpa risiko atau usaha.
  • Program loyalti boleh disifatkan sebagai helah kerana teras utama pelan pemasaran ialah untuk mengaut untung daripada ahli baru melalui penjualan lesen dan menikmati skim SPRP. Tiada gedung yang besar seperti Tesco, Jusco, Giant yang menyertai program ini. Program MSS tidak dikenali umum, dan tiada promosi yang setara walaupun telah banyak wang terkumpul dari program SPRP dah keahlian.
  • Skim ini masih tidak patuh syariah (dikatakan dalam proses “permulaan”, tapi masih tidak patuh sehingga kini).

Rujukan: https://facebook.com/UstazAbdulAzizMN dan Masalah syariah AJ oleh Ustaz Abdul Aziz (LARIBA)

Lesen: dari RM1,000 hingga RM22,000
Ahli membayar tingkatan yuran mengikut tahap yang ingin disertainya. Lagi tinggi pangkat lagi tinggi bayarannya.
Agensi/dealer mendapat 4% & 6% secara tetap setiap bulan melalui Skim Pengurangan Risiko Perniagaan (SPRP).

Perbezaan Lesen-lesen AJ

1. Affiliate (A) – MYR1,000 dan lesen sah laku selama 3 tahun
1,000 kredit mendaftar MyKad pelanggan (kredit tambahan boleh dibeli pada MYR 50/100 kredit).
Mendaftarkan Merchant (Tanpa Had)
purata 1% komisen daripada transaksi keseluruhan yang berlaku (pelanggan/kedai)

2. Affiliate Dealer (AD) – RM6,000 dan lesen sah laku selama 5 tahun
6,000 kredit pendaftaran MyKad pelanggan.
Bonus mendaftarkan pelanggan dan merchant 1%
Bonus (RIBA) pemasaran lesen: 20% (Bonus Referral)

3. Affiliate Agensi (AA) – RM20,000
Tempoh lesen agensi tanpa had sah laku
Tiada had untuk kredit pendaftaran MyKad pelanggan.
Bonus mendaftarkan pelanggan dan merchant 1%
Bonus (RIBA) Pemasaran Lesen: 30% (Bonus Referral)

Namun, semua maklumat di atas tidak tertera di laman web rasmi AJ.my dan hanya disebarkan oleh ahli-ahli berbayar. Adakah strategi ini untuk mengelak skim ini daripada dikesan oleh pihak berkuasa terutamanya Bank Negara?

Apa Yang Baik Pada Program oleh AJ

MyKad Smart Shopper Program (MSSP) adalah inisiatif yang baik untuk mengembangkan penggunaan MyKad.

Pembeli mendapat diskaun dan rebat dari peniaga (asas program loyalti).

Ahli juga mendapat ganjaran 1% dari setiap pembelian ahli dan penjualan peniaga (asas program affiliate atau ejen).

Masalah MyKad Smart Shopper Program (MSSP)

Namun begitu, untuk membolehkan ahli menjadi affiliate dan mendaftarkan peserta baru, ahli tersebut perlu membayar lesen (harga seperti di atas). Mungkin ramai yang belum tahu bahawa terdapat banyak lagi program alternatif di Malaysia yang menawarkan ganjaran yang hampir sama tanpa memerlukan ahli membeli sebarang lesen untuk mempromosikan program.

Ya, ada banyak program yang percuma! Mengapa perlu bayar beribu, malah berpuluh ribu?

Program-program alternatif lain termasuklah:

1. Involve Asia (IA)

Kos penyertaan: PERCUMA

Ini adalah satu platform affiliate e-commerce yang membantu individu di laman maya untuk menjanakan pendapatan. InvolveAsia menghubungkan peserta dengan laman web ecommerce terkenal di Malaysia seperti Lazada MY, Zalora, Hermo MY, Qoo10, Photobook Malaysia dan lainnya. Dengan menpromosikan produk dari merchant mereka ke pelawat laman web, blog, FB dan mungkin juga Whatsapp, anda boleh menghasilkan pendapatan!

Konsepnya sama dengan program affiliate luar negara seperti Commission Junction, Shareasale, Impact Radius, dan lain-lain. Cuma Involve Asia fokus kepada merchants di Asia Tenggara. Kebanyakan kedai-kedai online yang berada dalam senarai AJ ada juga di IA.

Jadi, sebelum anda lebur beribu RM semata-mata kerana nak promosikan program Lazada, lebih baik daftar di IA ini saja.

Klik di sini untuk mendaftar secara percuma dengan InvolveAsia.

2. Shopback

Kos penyertaan: PERCUMA

Program ini menawarkan cash back atau ganjaran tunai untuk pembelian di Lazada, Zalora, Agoda, AirAsiaGo, Groupon, Photobook Malaysia, Booking.com, AliExpress, FashionValet, Qoo10, Godaddy, dan Expedia dan banyak lagi. Peserta juga dibayar bonus RM5 hingga RM12 (berlainan promosi setiap bulan) untuk setiap referral atau kawan baru yang dibawa.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Shopback.

3. Milkadeal

Kos penyertaan: PERCUMA

Program ini hampir sama dengan program Shopback di atas. Perbezaannya mungkin pada jumlah dan cara bayaran komisen untuk referral.

Klik di sini untuk maklumat tentang Milkadeal.

4. Manis app

Kos penyertaan: PERCUMA

Aplikasi mudah-alih (mobile app) ini memberi mata ganjaran untuk pembelian offline di kebanyakan pasaraya seperti Tesco, Giant, Aeon, Econsave, Hero, Parkson, IKEA dan banyak lagi. Selain itu, peserta juga boleh mendapatkan mata ganjaran jika makan di kebanyakan restoran di Malaysia seperti KFC, McDonalds dan lain-lain. Bandingkan dengan program AJ yang hanya memberi ganjaran untuk beberapa kedai-kedai dan restoran-restoran yang mereka tersenarai sahaja (bukan tempat-tempat makan atau pasaraya yang biasa dikunjungi).

Apa yang peserta perlu lakukan hanyalah memuat-naik resit pembelian melalui telefon pintar. Mata ganjaran yang terkumpul boleh digunakan untuk menebus baucar dari KFC, Motherhood.com.my, Parkson, H&M, dan banyak lagi.

Peserta juga dibayar bonus 500 mata untuk setiap referral atau kawan baru yang dibawa.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Jika anda tahu program-program lain yang berbaloi, sila kongsikan di ruangan komen di bawah.

Ringkasan Masalah-masalah SPRP oleh Affiliate Junction

  • Skim Affiliate Junction fokus pada merekrut ahli baru.
  • Pendapatan ahli Affiliate Junction adalah berdasarkan bilangan ahli / rekrut baru dan bukanlah dari hasil jualan barang atau servis.
  • Affiliate Junction tiada produk sebenar / produk tidak berbaloi dengan harga.
  • Skim Affiliate Junction mempunyai unsur-unsur money game.
  • Affiliate Junction tiada sijil patuh syariah - terdedah kepada unsur-unsur penipuan, riba, gharar, ketidaktahuan (jahalah) dan syubhah.
  • Habis tu, apa program yang tak menipu dan benar-benar boleh buat duit online? Ada sebenarnya. Klik di sini untuk maklumatnya

    Perbezaan dan persamaan dengan skim-skim lain

    Additional information

    Pengasas

    Lawrence Teo

    Laman web

    aj.my

    Tahun mula

    2009

    Status

    Berdaftar atas nama

    I Synergy Universal Sdn Bhd

    Reviews

    1. Akmal Hakimi

      Salam admin, nak tanya. Merchant dalam milkadeal contoh taobao, 50% cashback tu bagi semua product ke?
      dan boleh tak saya nak tahu lebih detail sistem AJ menurut Islam. adakah income yg kita dpt drp lesen org dibolehkan?

    Add a review

    Your email address will not be published. Required fields are marked *