Tukar strategi untuk menang PR1M

MD RIFAAT HAMID
12 OKTOBER 2015

JITRA – Seorang peniaga menukar strategi bagi memastikan beliau memenangi Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) selepas kecewa beberapa kali apabila belum terpilih menjadi pemenang.

Nazri Ahmad, 30, dari Kampung Tengah, Kodiang berkata, beliau menukar strategi dengan menghantar lima atau enam borang untuk setiap kali peraduan, berbanding dua borang sebelum ini.

Nazri terpaksa menukar strategi menghantar peraduan PR1M dan akhirnya berjaya mendapat RM1,000.

Nazri terpaksa menukar strategi menghantar peraduan PR1M dan akhirnya berjaya mendapat RM1,000. Photo kredit: Sinar Harian

Strateginya itu akhirnya berjaya selepas berjaya memenangi PR1M apabila pihak Sinar Harian telah menghubunginya dan memaklumkan berjaya mendapat RM1,000 hasil peraduan itu.

“Saya sangat bersyukur selepas mencubanya beberapa bulan lalu dan memang naluri saya telah memberitahu seolah-olah akan dapat memenangi pertandingan itu suatu hari nanti.

“Kini impian saya menjadi kenyataan dan semasa pihak Sinar Harian menghubungi saya masih tidak mempercayainya tetapi apabila wartawannya ada hubungi dan mahu menyampaikan wang itu baru saya merasa yakin,” katanya.

Menurut Nazri, beliau sebelum ini jarang membaca Sinar Harian tetapi sejak peraduan itu diadakan, menyebabkan dia terus membeli dan menjadi pelanggan tetap sehingga hari ini.

Soalan yang mudah dan cemburu dengan kejayaan pemenang lain menyebabkan dia begitu serius untuk menyertai peraduan ini hingga sanggup membeli dan mengumpul Sinar Harian bagi menghantarnya.

“Selepas gagal beberapa kali saya sanggup membeli tiga naskhah Sinar Harian setiap hari dan selebihnya akan meminta dari kawan-kawan untuk mencari borang peraduan PR1M itu. Usaha saya tidak sia-sia dan kini telah berjaya memenangi peraduan yang pertama kali sertai ini,” katanya.

Menurut Nazri, wang yang diterimanya itu akan disimpan untuk menjadi modal pusingan perniagaannya itu dan ini secara tidak langsung mengelak baginya memohon pinjaman sebagai peniaga kecil.

“Memang sebelum ini saya berniat untuk memohon pinjaman sebagai modal pusingan tetapi kejayaan ini telah membantu daripada meminjam dari pelbagai pihak. Walaupun sudah memenangi peraduan ini tetapi saya akan tetap meneruskan lagi menyertainya kerana mana tahu bulan hadapan ada rezeki lagi untuk saya,” katanya.

Sumber asal: http://www.sinarharian.com.my/nasional/tukar-strategi-untuk-menang-pr1m-1.439280