PETALING JAYA 6 Feb. – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini mengumumkan pemenang cabutan bertuah bagi Al-Awfar ‘Dream of a Lifetime’ yang diadakan bulan lepas.
Pemenang hadiah utama Suhaimi Abdullah menerima RM1 juta, manakala bagi cabutan kempen bulanan yang ke-44, Salomah Md. Yusof membawa pulang RM100,000.
Pada Mei tahun ini, sebanyak 241 pelanggan lagi akan menerima hadiah tunai tambahan berjumlah RM3.91 juta.
Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, bank itu menyasar aset pembiayaannya meningkat 20 peratus tahun ini, dipacu oleh segmen peruncitan bank.
Beliau berkata pertumbuhan dalam segmen peruncitan adalah daripada pembiayaan individu, gadai janji dan pembiayaan perumahan.
“Selain daripada segmen peruncitan, pendapatan berasaskan yuran daripada produk kad debit dan bayaran transaksi juga amat menggalakkan,” kata beliau kepada wartawan selepas mengumumkan pemenang bagi kempen Bank Islam Al-awfar ‘Dream of a Lifetime’ hari ini. – BERNAMA
Original Source: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140206/ek_07/Suhaimi-Abdullah-menang-RM1-juta-daripada-Bank-Islam
saya ingin menyertai wang tunai yang dimenangi