KUALA LUMPUR – Tidak pernah berputus asa menyertai PR1M sejak tahun lalu, nyata berbaloi apabila seorang pesara kerajaan, Samsudin Abd Rashid, 65, terpilih sebagai pemenang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M).
Samsudin berkata, dia tahu mengenai peraduan itu sejak mula, namun hanya tergerak hati untuk mencuba setelah tertarik membaca cerita-cerita pemenang terdahulu.
Menurutnya, soalannya yang mudah membuatkannya bersemangat untuk terus menyertainya.
“Jika rajin baca surat khabar, adalah jawapannya. Siapa pun boleh jawab. Jadi wajar jika peraduan ini diteruskan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Ditanya mengenai perancangan membelanjakan wang tunai RM1,000 yang dimenanginya, Samsudin berkata, dia berhajat menggunakan untuk belanja kenduri doa selamat.
“Saya juga mahu hulur wang kemenangan ini buat orang tua di kampung, di Melaka,” katanya.
Sumber asal: Sinar Harian, 17 SEPTEMBER 2016
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tak-pernah-putus-asa-sampai-menang-1.563188
No Comment