Program Labbaikallah adalah sebuah program tahunan TV Alhijrah yang disiarkan secara langsung dari Studio TV Alhijrah untuk memberi laporan terkini tentang operasi haji di Tanah Suci Kota Mekah. Siaran program Labbaikallah bersiaran sebanyak 17 episod mulai 29 Ogos 2016 – 14 September 2016, pada jam 9 malam sehingga 10 malam.
Sebagai berkongsi kemeriahan Musim Haji, TV Alhijrah menyediakan kuiz pengetahuan mengenai Ibadah Haji dalam setiap episod. Penonton perlu mengumpul jawapan episod pertama hingga akhir sebelum menghantar jawapan terkumpul.
Sebuah kereta Proton Saga, tiga buah motosikal serta enam pakej umrah menanti penonton bertuah.
Tidak perlu pembelian atau modal. Penyertaan adalah percuma.
Hadiah-hadiah
Hadiah Utama: Sebuah kereta Proton Saga Plus 1.3
Hadiah Kedua: Tiga buah (3x) motosikal Modenas
Hadiah Ketiga: Enam Pakej Umrah
Program akan menampilkan hos utama, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bersama tetamu jemputan dari pelbagai bidang. Program ini juga menjemput selebriti dan artis tanah air untuk memeriahkan lagi perkongsiaan sewaktu menjejakkan kaki di Tanah Suci.
Program ini sesuai untuk tontonan semua, sama ada bagi mereka yang pernah mengerjakan haji, yang bakal mengerjakan rukun islam kelima ini.
Soalan 1. Rukun haji yang kedua adalah ?
a. Niat Ihram
b. Tawaf
c. Wukuf di Arafah
Soalan 2. Manakah antara berikut bukan daripada rukun haji ?
a. Niat Ihram
b. Tawaf
c. Mabit di Muzdalifah
Soalan 3. Pada tahun bilakah haji disyariatkan ?
a. Tahun ke-4 hijrah
b. Tahun ke-6 hijrah
c. Tahun ke-5 hijrah
Soalan 4. Apakah hukum melakukan badal haji bagi orang yang sihat ?
a. Harus
b. Tidak harus
c. Makruh
Soalan 5. Bilakah penukaran kain kiswah dilakukan ?
a. 9 Zulhijjah setiap tahun
b. 9 Zulkaedah setiap tahun
c. 9 Syawal setiap tahun
Soalan 6. Haji ada berapa jenis ?
a. 1
b. 2
c. 3
Soalan 7. Nama kapal haji yang pernah digunakan oleh jemaah haji Malaysia ?
a. Malaysia Kita
b. Edi Kasturi
c. Hang Tuah
Soalan 8. Berapakah bayaran pendaftaran upah haji bagi 2016 (yang ditetapkan Tabung Haji) ?
a. RM 2000
b. RM 2300
c. RM 2500
Soalan 9. Tabung haji juga mengelola jemaah haji dari timur tengah ?
a. Betul
b. Salah
Soalan 10. Apakah maksud Haji Mardud ?
a. Haji yang tidak diterima dan ditolak
b. Haji yang istimewa dan diterima Allah
c. Haji yang makruh
Soalan 11. Bilakah yang dimaksudkan hari Tashriq ?
a. 11,12 dan 13 Zulhijjah
b. 10,11 dan 12 Zulhijjah
c. 9,10 dan 11 Zulhijjah
Soalan 12. Di dalam Al-Quran ada berapa surah ?
a. 113 surah
b. 114 surah
c. 119 surah
Soalan 13. Perkara yang membezakan rukun haji dan rukun umrah ?
a. Saie
b. Bermalam di mina
c. Wuquf
Soalan 14. Berapakah jumlah jamrah (tempat melontar) ?
a. 12
b. 3
c. 8
Soalan 15. Siapakah tokoh wanita sinonim dengan ibadah haji ?
a. Siti Sarah
b. Siti Hajar
c. Siti Fatimah
Soalan 16. Berapa kali ganda kebaikan yang akan dibalas sekiranya kita melakukan ibadah di Masjidil Haram ?
a. 100 Ribu
b. 150 Ribu
c. 99 Ribu
Soalan 17. Siapakah penerbit rancangan Labbaikallah 2016 ?
a. Siti Muzdalifah Amani Iskandar
b. Siti Hajar Nurul Ain Mohammad Isa
c. Siti Bainun Ahmad
Tarikh Tutup dan Maklumat Lanjut
Peraduan bermula pada 29 Ogos – 21 Sept 2016
Maklumat lanjut: http://tvalhijrah.com
*Borang jawapan hanya akan dibuka selepas episod akhir bersiaran iaitu pada 14 September 2016
assalammualaikum ?Mcm mna nak join ?
nak hntr jwpn dekat sape ?
Boleh hantar online di capaian di atas. Selamat mencuba.
As Salam. bila keputusan peraduan akan diumumkan?
Boleh hubungi TV Alhijrah di http://tvalhijrah.com/labbaikallah/hubungi_kami.html
Kalau ada perkembangan mohon share di sini ya.