Beli produk Unilever – Personal Care bernilai minima RM30 (di dalam SATU resit pembelian). Jawab soalan dengan betul dan tepat dan menangi sebuah Honda HR-V atau wang tunai RM1000.

Hadiah-hadiah

Seramai empat puluh satu (41) orang pemenang secara keseluruhan akan dipilih untuk memenangi peraduan Unilever Beauty Fair 2015 “Shine from Head to Toe”di sepanjang empat (4) minggu tempoh peraduan. Ini bermaksud, seramai 40 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah mingguan dan seorang akan memenangi hadiah utama.

Hadiah Utama: Sebuah HONDA HR-V 1.8 x 1 Peserta yang mendapat jumlah jawapan (yang betul) yang tertinggi di dalam tempoh peraduan.
Hadiah Mingguan: RM1,000.00 x 10 Peserta yang mendapat jumlah jawapan (yang betul) yang tertinggi.
Jadual peraduan mingguan (Penyertaan berdasarkan kepada tarikh resit pembelian)

Minggu Pertama: dari 01 Okt sehingga 11 Okt 2015
Minggu Kedua: dari 12 Okt sehingga 22 Okt 2015
Minggu Ketiga: dari 23 Okt sehingga 02 Nov 2015
Minggu Keempat: dari 03 Nov sehingga 15 Nov 2015

Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dengan jumlah mata tertinggi yang dikumpul di dalam tempoh peraduan.

Sekiranya terdapat jumlah mata terkumpul yang sama, Pihak Penganjur berhak menghubungi mana-mana peserta yang berkenaan dan bertanyakan soalan-soalan pemutus seri untuk menentukan para pemenang bagi hadiah-hadiah yang ditawarkan di mana para pemenang akan dipilih berdasarkan kepada jawapan yang betul.

Setiap peserta terpilih hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja (di keseluruhan tempoh peraduan).

Prosedur Penyertaan

a. Untuk menyertai peraduan ini, peserta dikehendaki menghantar borang penyertaan yang lengkap (borang fotostat juga diterima) berserta jawapan yang betul dan resit asal (yang dicetak di tempat pembelian / pasaraya / gedung dengan nama tertera dan bertarikh dalam tempoh peraduan) sebagai bukti pembelian.

b. Hanya pembelian mana-mana produk berjenama Unilever (yang mengambil bahagian) yang bernilai minima RM30 di dalam satu (1) resit pembelian dari mana-mana gedung / pasaraya yang mengambil bahagian layak untuk satu (1) penyertaan.

Produk yang mengambil bahagian seperti berikut.
DOVE
Lifebuoy
LUX
Rexona
Sunsilk
Vaseline

c. Setiap pembelian minima RM30 (di dalam satu resit pembelian) layak untuk satu (1) penyertaan; manakala setiap nilai resit dalam gandaan RM30 (yang seterusnya) layak untuk satu (1) penyertaan.

Sebagai contoh:
Resit pembelian produk Unilever yang bernilai / berjumlah RM120 (di dalam satu resit) membolehkan peserta layak untuk empat (4) penyertaan.

Setiap nilai resit (jumlah nilai produk berjenama Unilever sahaja) pembelian yang melibatkan perpuluhan sen tidak akan diambil kira.

Sebagai contoh:
Resit pembelian produk Unilever yang mengambil bahagian yang berharga RM60.30 akan dikira sebagai dua (2) mata sahaja.

d. Jumlah mata terkumpul hanya terhad dan terpakai ke atas pembelian yang dilakukan di dalam tempoh peraduan sahaja.

e. Peserta hanya perlu menghantar SATU (1) borang peraduan sahaja walaupun nilainya lebih dari RM30. Pihak penganjur akan mengambil kira jumlah pembelian oleh setiap peserta.

Tempoh Peraduan

Peraduan akan diadakan dari 01 Oktober 2015 hingga 15 November 2015.

Kemasukan Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23: 59hrs, 15 November 2015. Penyertaan yang diterima sebelum bermulanya Tempoh Peraduan dan selepas Tarikh akhir kemasukan yang ditetapkan akan dibatalkan dan tidak layak untuk dipertimbangkan untuk Hadiah.

Maklumat lanjut di unileverbeautyfair.epromoasia.com
Borang penyertaan di unileverbeautyfair.epromoasia.com/UBF_eFORM.pdf