KUALA LUMPUR, Khamis, [14 Mac 2013] – Seorang suri rumah dari Kelantan menjadi jutawan segera hari ini apabila dia menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000,000,00 daripada Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam). Beliau telah dipilih sebagai pemenang cabutan ‘Al-Awfar Million Ringgit Campaign’yang telah diadakan minggu lepas (4 Mac).

Pemenang cabutan ‘Al-Awfar Million Ringgit Campaign’, Puan Che Limah Binti Che Cob dari Tanah Merah, menerima hadiah dari Pengarah Urusan Bank Islam, Y.Bhg. Dato’ Sri Zukri Samat di Menara Bank Islam. Pemilihan Puan Che Limah sebagai pemenang telah disaksikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAKIM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Puan Che Limah berkata, “Apabila saya menerima panggilan dari Bank Islam untuk memberitahu saya bahawa saya telah memenangi hadiah utama kempen ini, saya berasa amat terkejut. Saya tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Saya sangat bersyukur memenangi hadiah wang tunai ini dan saya amat gembira kerana telah melabur dalam akaun Al-Awfar. Saya tidak percaya bahawa ia begitu mudah untuk menang.”

“Akaun simpanan Al-Awfar yang telah dilancarkan pada Mac 2009 mengadakan cabutan setiap bulan untuk memberi peluang kepada pemegang akaun memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan cabutan setiap suku tahun untuk hadiah wang tunai sebanyak RM200,000,” kata Dato’ Sri Zukri di majlis penyampaian hadiah itu, “Walau bagaimanapun, sebagai penghargaan diatas sokongan yang amat menggalakkan daripada pelanggan kami, Bank memutuskan untuk memperkenalkan ‘Million Ringgit Campaign‘ untuk memberi pemenang sebanyak satu juta ringgit. ”

Bank Islam adalah institusi perbankan Islam pertama di negara ini yang menawarkan hadiah pelaburan berupa wang tunai sebagai hadiah kepada pemegang akaun melalui akaun Al-Awfar yang bermaksud ”pelaburan makmur”.

‘Million Ringgit Campaign‘, yang telah berlangsung dari 19 September hingga 30 November tahun lepas, mendapat lebih 17,607 penyertaan, menarik deposit berjumlah RM347 juta di mana RM217 juta adalah daripada pelanggan-baharu-bank dan RM130 juta adalah daripada pelanggan yang sedia ada.

Cabutan ‘Million Ringgit’ tersebut telah dibuka kepada kedua-dua pelanggan baharu dan sedia ada. Dato’ Sri Zukri menjelaskan bahawa untuk melayakkan diri, pelanggan baharu diperlukan untuk membuka akaun Al-Awfar dengan deposit minimum sebanyak RM1,000 manakala bagi pemegang akaun Al-Awfar sedia ada, mereka diperlukan untuk mendeposit sebanyak RM1,000 di atas baki semasa sebelum 30 November 2012. Baki minimum sebanyak RM1,000 mesti disimpan di dalam akaun pada setiap masa untuk tempoh tiga bulan bermula 30 November 2012 sehingga tarikh tutup cabutan iaitu 28 Februari 2013.

Dato’ Sri Zukri berkata: “Melalui kempen Al-Awfar kami, kesedaran awam mengenai produk dan perkhidmatan Bank telah meningkat dengan ketara, dan ini telah membawa kepada situasi menang-menang bagi pelanggan kami dan Bank.

Memandangkan sambutan hangat yang diterima daripada orang ramai, Bank telah memutuskan untuk menawarkan dua lagi ‘Million Ringgit Campaign‘. Ianya akan dilaksanakan pada bulan Julai dan Oktober 2013. Kempen istimewa ini merupakan tambahan di samping cabutan bulanan dan suku tahunan Al-Awfar.

Sehingga Februari tahun ini, terdapat seramai 5,319 orang pemenang Al-Awfar yang telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM6.2 juta.

Sumber asal: http://www.bankislam.com.my/home/ms/info-korporat/bilik-berita/siaran-media/jutawan-segera-al-awfar-bank-islam-terima-wang-tunai/