Hadiah-hadiah Peraduan:
a) Hadiah Utama x 1: Toyota Innova 2.0E.
b) Hadiah Pertama x 1: Proton Saga.
c) Hadiah Kedua x 2: Sony 55” TV setiap satu.
d) Hadiah Ketiga x 3: iPhone 6s setiap satu.
e) Hadiah Sagu Hati x 80: Baucar membeli-belah bernilai RM650 setiap satu.
f) Hadiah Mingguan x 110: Kad Petronas bernilai RM100 setiap satu.

Untuk menyertai Peraduan:
a) Para peserta mestilah membeli mana-mana produk Glade yang turut serta bernilai RM15.00 dan ke atas dalam resit tunggal dari mana-mana pasar raya/kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan. Satu (1) resit bercetak tunggal asal tersebut melayakkan peserta untuk menghantar satu (1) penyertaan pos ATAU satu (1) penyertaan SMS.

Hantar Melalui SMS:
i. Jawab satu soalan: “Tema Raya Glade ialah ‘Nikmati Aidilfitri. Nikmati Glade’. Betul atau Salah.”.
ii. Taip (GLADE)(jumlah pembelian produk Glade RM00.00)(tarikh resit HHBBTT)(nombor resit 5 digit terakhir)(nombor KP 12 digit)(jawapan kepada soalan)(nama) dan SMS ke 36266.
Contoh: GLADE RM17.50 200516 01234 750909014567 Betul Mohd Ali
iii. Simpan resit bercetak tunggal dengan butiran resit (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan penyertaan SMS sebagai bukti pembelian.
iv. Hanya resit-resit bercetak asal dengan butiran produk yang jelas akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

Cara Pemilihan Pemenang

Pemenang Hadiah Utama dan Hadiah Pertama yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 2.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 20,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 8,000. Maka penyertaan layak ke-8,000 dan ke-16,000 masing-masing akan disenarai pendekkan sebagai pemenang layak Hadiah Utama dan pemenang layak Hadiah Pertama. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-8,000 adalah penyertaan layak ke-7,999.

Maklumat Lanjut dan Tarikh Tutup

Maklumat lanjut di https://business.facebook.com/notes/glade/peraduan-hari-raya-glade-terma-syarat/

Peraduan Hari Raya Glade akan berlangsung dari 15 Mei 2016 hingga 31 Julai 2016 (“Tempoh Peraduan”). S.C. Johnson & Son (M) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.