Hadiah Utama: iPhone X
19 pemenang Huawei P10

Kelayakan

Cabutan terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki pinjaman dalam Tempoh Promosi; dan

Membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya RM1,000 menggunakan salah satu/ kombinasi saluran bayaran balik yang telah disediakan dalam Tempoh Promosi.

peraduan ptptn iphone x

Promosi Cabutan ini bermula dari 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017 [“Tempoh Promosi”]. Pihak PTPTN berhak menukar atau meminda tarikh dan Tempoh Promosi sekiranya perlu.

Mekanisma Cabutan

Peminjam layak menyertai Cabutan sekiranya terdapat transaksi bayaran balik yang diterima dalam Tempoh Promosi.

Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui mana-mana saluran bayaran yang telah disediakan.

Peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Tempoh Promosi.

Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman, bayaran balik RM1,000 adalah dikira berdasarkan jumlah keseluruhan bayaran balik bagi semua pinjaman.

Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada bayaran balik sekurang-kurangnya RM1,000 bersamaan dengan satu (1) cabutan.

Sekiranya berlaku kematian kepada peminjam yang telah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Tempoh Promosi., akaun peminjam masih layak untuk menyertai Cabutan.

Maklumat lanjut di: https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cbtn_istimewa_byr_mng