Menang RM100,000 x10 untuk dibelanjakan dalam sehari!

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah:

1) Kumpul 200 Mata

2) Dapatkan Kad Gores

3) Gores & Menang!

Terms & Conditions

Promosi ini sah di Malaysia sahaja bermula daripada 1hb Mei 2009 hingga 15hb Julai 2009.
Promosi ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., rakan kongsi perniagaan, syarikat bersekutu, agensi promosi, agensi perunding perhubungan awam, agensi pengiklanan, pihak lain yang berkaitan dengan promosi ini dan ahli keluarga terdekat mereka.
Kumpulkan 200 mata dengan beberapa label bekas dan/atau pek pelbagai ais krim Wall’s dan bawa bersama untuk menebus sekeping Kad Gores Wall’s di mana-mana Pusat Penebusan terpilih di seluruh Malaysia.
Setiap 200 mata hanya layak untuk satu Kad Gores Wall’s sahaja.
Hanya Kad Gores Wall’s yang asli dan mempunyai kod keselamatan sah sahaja akan dilayan. Tuntutan tidak akan dilayan jika Kad Gores Wall’s didapati telah dipinda, diubah atau rosak.
16 orang akan menyertai pusingan Hadiah Utama, di mana hanya 10 orang akan menjadi pemenang Hadiah Utama. Peserta-peserta pusingan Hadiah Utama mesti hadir untuk mengambil bahagian dalam cabaran yang akan diadakan berasaskan rutin yang ditetapkan oleh penganjur untuk peluang memenangi wang perbelanjaan RM100,000 setiap seorang untuk 10 orang.
Pemenang Hadiah Utama dikehendaki membelanjakan RM100,000 dengan 3 ahli keluarga pilihannya dalam tempoh satu hari dan mengikut rutin yang telah ditentukan oleh penganjur.
Hadiah-hadiah tidak boleh ditukarganti dengan wang tunai. Penebusan Kad Gores Wall’s untuk hadiah tidak akan dilayan selepas 31hb Julai 2009.
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berhak menamatkan promosi pada bila-bila masa, sepanjang tempoh promosi ini.
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berhak untuk menggantikan hadiah yang dituntut dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
Semua Kad Gores Wall’s yang diserahkan untuk penebusan hadiah akan menjadi hakmilik Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berhak menggunakan nama, alamat, gambar, maklumat dan/atau dokumen semua pemenang untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti lain dari masa ke semasa. Pemenang mungkin dikehendaki untuk menghadiri upacara penyampaian hadiah dan/atau menyertai program-program publisiti.
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. dan semua rakan kongsi perniagaan, pihak lain yang berkaitan dengan promosi ini, pengarah, pegawai, kakitangan dan agen mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara berhubung dengan yang berikut: a) apa jua perbelanjaan tambahan kerana menyertai promosi; b) apa jua bentuk kegagalan teknikal; c) campur tangan pihak yang tidak sah sepanjang promosi; d) kesilapan elektronik atau insan dalam pentadbiran promosi dan pemprosesan penyertaan; e) mana-mana penyertaan yang hilang, dicuri atau rosak atau tersalah hantar atau tidak diterima.
Semua Pemenang Hadiah bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat daripada penyertaan di dalam peraduan dan/atau penebusan hadiah mereka. Dengan penerimaan atau pengambilan mana-mana hadiah, seseorang pemenang bersetuju untuk mengecualikan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., semua rakan kongsi perniagaan, pihak lain yang berkaitan dengan promosi ini, pengarah, pegawai, kakitangan dan agen mereka daripada sebarang tuntutan tindakan mendakwa, pengadilan, kerosakan, kehilangan atau liabiliti yang ditanggung berhubung dengan penyertaannya di dalam promosi atau penerimaan atau penebusan atau penggunaan mana-mana hadiah.
Dengan menyertai promosi ini, setiap peserta bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya terma dan syarat promosi ini, dan semua keputusan pihak penganjur dan penaja adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.walls.com.my atau hubungi talian pertanyaan: 03-5635 1391 (Isnin-Jumaat, 10 pagi-5 petang, kecuali hari cuti am).

For more details, visit http://www.walls.com.my/]CONTEST