Jika anda peminat setia buku-buku yang diterbitkan oleh PTS, mungkin anda akan menjadi orang yang paling bertuah untuk memenangi duit raya dalam peraduan Duit Raya PTS bernilai RM500 .

Seperti tahun-tahun sebelum ini, PTS akan mengadakan satu peraduan sempena bulan Syawal dengan ganjarannya adalah Duit Raya. Tahun ini, nilainya sebanyak RM500 untuk seorang pemenang yang bertuah.

Ikut 2 cara mudah untuk berpeluang memenangi Duit Raya PTS yang bernilai RM500,
1. Beli Buku PTS
Anda perlu membelanjakan RM100 dan keatas dengan membeli mana-mana buku PTS di kedai buku berdekatan anda atau secara online dari mana-mana penjual di internet.

Pembelian RM100 dan keatas tidak semesti berada dalam satu resit pembelian. Yang penting, resit pembelian perlu dilakukan sepanjang tarikh peraduan berlangsung.

2. Email Resit & Tulis Slogan yang kreatif
Hantarkan resit pembelian anda berserta slogan yang kreatif dan menarik ke email: [email protected]. Pastikan slogan anda mempunyai tagline “Kita Bersaudara”

**Peraduan DAPAT DUIT RAYA TAMBAH DUIT RAYA akan berlangsung sepanjang bulan syawal, bermula 25 Jun sehingga 23 Julai 2017.

**Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Pemasaran PTS di talian, +603 6188 0316
pts contest