Anda minat mengarang atau menulis dalam bahasa melayu atau bahasa Inggeris? Jom cuba pertandingan MENGARANG ESEI KEPENGGUNAAN ini.

Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Kategori Yang Dipertandingkan:
A. Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
B. Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
C. Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
D. IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6
E. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)

Syarat-syarat Pernyertaan

Esei hendaklah ditaip menggunakan tulisan ”Arial 12 poin” atau menggunakan tulisan tangan yang jelas. Sama ada ditaip atau tulisan tangan, semua esei hendaklah langkau sebaris (“single line spacing”).

Panjang esei tidak melebihi

  • 300 patah perkataan bagi Kategori A
  • 1,000 patah perkataan bagi Kategori B dan kategori C
  • 2,500 patah perkataan bagi kategori D dan E.

Penyertaan esei boleh dihantar melalui e-mel ke [email protected]. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap.

Esei mestilah asli dan menggunakan olahan idea sendiri.

Tarikh Tutup dan Maklumat Lanjut

Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 1 Julai 2016.

Pelajar yang menghantar esei secara atas talian (online) akan diberikan keutamaan untuk proses penghantaran sijil penyertaan.

Maklumat lanjut di http://www.mypengguna.com