01/10/2012

SEREMBAN – Seperti namanya, Tuah @ Mohd. Riduan Jusoh ia memberi tuah apabila beliau memenangi sebuah motosikal Modenas Kriss MR1 pada cabutan bertuah sempena Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2012 peringkat Zon Tengah di Kompleks Sukan Tan Sri Dr. Mohd Said di sini, semalam.

Tuah berkata, motosikal yang dimenangi itu akan dimanfaatkan sebagai pengangkutan untuk berulang alik dari tempat kerja ke rumahnya.

Seremban 30 September 2012 - Pemenang cabutan bertuah Tuah @ Mohd Riduan Jusoh yang memenangi sebuah motorsikal sambil diperhatikan oleh Datuk Mohd Najib Abddulah (tiga kiri), Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Othman Mohamad (dua kanan) dan Datuk Mohd Nasir Ali (kanan) pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Zon Tengah di Kompleks Sukan Tan Sri. Dr. Mohd. Said, Seremban 2, disini, hari ini. Gambar : Hafiz Johari / Pemberita : Aizawati (Meja Sukan). Photo kredit: Utusan.com.my

Seremban 30 September 2012 – Pemenang cabutan bertuah Tuah @ Mohd Riduan Jusoh yang memenangi sebuah motorsikal sambil diperhatikan oleh Datuk Mohd Najib Abddulah (tiga kiri). Photo kredit: Utusan.com.my

“Saya tidak menduga memenangi hadiah utama cabutan bertuah ini. Saya sebenarnya sudah memiliki motosikal sendiri tetapi saya akan gunakan juga hadiah ini untuk kegunaan seharian,” katanya.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd. Najib Abdullah. Turut serta pada majlis penyampaian hadiah ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali, Pengarah Eksekutif QSR Brand, Sheikh Sharifudin Sheikh Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Seorang lagi pemenang bertuah, Shamsul Bahar Abdullah pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, Shah Alam membawa pulang sebuah televisyen LED 32 inci jenama Panasonic.

Selain cabutan bertuah, pelbagai pertandingan turut diadakan sempena pertandingan tersebut antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, dart dan karaoke.

Pemenang pertandingan mewarna yang melibatkan penyertaan murid berusia tujuh hingga 12 tahun menjadi milik Seck Wei Xuan, 9 dan Wong How Yean, 12 yang merangkul hadiah basikal jenama Gameida.

Bagi pemenang pertandingan karoake pula, juara menjadi milik Haris Hassan yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500 beserta hamper tajaan Nescafe, manakala naib juara yang menerima wang tunai RM300 dan hamper Nescafe digondol oleh Abby Norlela Kamaruddin.

Tempat ketiga dimenangi Idris Sadan dan merangkul hadiah wang tunai RM200, juga hamper tajaan Nescafe. Untuk pertandingan dart, tiga pemenang iaitu Ismail, Zulhilmi dan Salleh Ismail turut membawa pulang hadiah berbentuk hamper.

Sementara itu, Penolong Pengurus, Pengurusan Jenama Utusan Melayu (M) Berhad, Hazura Ahmad Halil berkata, para pengunjung yang membeli produk Utusan Malaysia yang dijual di venue pertandingan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.

Sumber asal: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121001/su_07/’Tuah’-menang-Kriss-MR1